webnovel

Kuasa Umpama Dewa

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Ketika kilat dan api itu bertembung, cahaya yang menyilaukan terus menyebabkan semua orang yang melihat menjadi buat untuk seketika.

Shi Feng terpaksa berundur tiga langkah sebelum dapat menstabilkan dirinya selepas bunyi meletup bergema di pentas itu. Kerosakan lebih dari -100 mata muncul di atas kepalanya. Serangan oleh pedang api putih pula telah tercampak ke tepi.

Para penonton terkejut beruk apabila melihat perkara ini.

"Berapa kuatkah sebenarnya Ye Feng?"

"Siapakah Ye Feng?"

"Adakah para pemain pada masa ini boleh mencapai tahap seperti itu?"

Sebelum ini para penonton hanya agak kagum dengan kekuatan Shi Feng tetapi ketika ini rasa kagum itu telah bertukar menjadi kejutan terutama sekali Sirius.

Sepatutnya ini merupakan pertarungan berat sebelah. Tetapi tiada siapa yang menjangka Shi Feng masih mempunyai teknik ulung seperti itu.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo