webnovel

Diserang Hendap

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Mereka tidak sangka Owl membuat reaksi seperti itu.

Lelaki ini memang tidak ada batasnya dan sebagai bukti dapat dilihat dari keberanian dia untuk mencuri harta milik Putera Bayang. Tetapi memang pertama kali bagi dia mencarut seperti ini di depan semua orang.

"Apa yang berlaku dengan Marvin?" tanya Constantine dengan penuh risau.

Wayne dan Daniela lebih gelisah. Wayne memang betul risaukan keselamatan Marvin manakala Daniela pula mempunyai perasaan yang rumit sedikit. Perasaan dia terhadap Marvin sebenarnya tidak dalam tetapi masih terdapat sumpah dia berkenaan Misteri Nenek Moyang. Jika Marvin mati, Misteri Nenek Moyang akan hilang di Benua Kawasan Mati dan dia juga tidak boleh kembali ke Utara untuk selama-lamanya.

Pencuri Bayang Owl menggelengkan kepada dia dan menyerahkan nota hijau itu.

Seorang demi seorang melihat kandungan nota itu sehingga menyebabkan ekspresi mereka berubah.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo