webnovel

Peramal

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Para penonton semua terdiam.

Mereka terdiam bukan disebabkan pertandingan sudah berakhir tetapi kerana Marvin telah membunuh White!

Kekuatan perintang mempunyai batasan. Ia telah menjadi lemah selepas terkena benang perak itu.

Marvin memengal kepala White di depan orang ramai yang sedang menonton.

Tidak lama kemudian, para penonton mula menjadi riuh rendah.

"Adakah orang ini tidak takut dengan pembalasan dari keluarga Unicorn?"

"Keinginan membunuh orang itu sangat dahsyat… Sungguh menakutkan."

"Lembah White River merupakan wilayah kecil di sempadan. Bagaimana ia boleh dibandingkan dengan keluarga Unicorn? Walaupun dia hanya salah seorang dari ramai pewaris, keluarga Unicorn tidak akan memaafkan dengan mudah."

"Pemuda ini terlalu mengikut perasaan, betul tak? Medal Sembilan Bulan juga tidak akan dapat selamatkan dia!"

Muka semua orang menjadi gusar.

Keluarga Unicorn merupakan antara lima tertinggi keluarga ahli sihir di Pantai Timur. Mereka ada ahli sihir pangkat ke-3 dan juga ramai ahli sihir pangkat ke-2.

Markas mereka terletak di Pulau Crystal di penghujung Laut Sword. Walaupun agak jauh dari Selatan, mereka boleh menghantar pasukan askar kecil untuk menghapuskan wilayah kecil seperti Lembah White River. Mereka terpaksa melalui Teluk Jewel dan juga Bandar River Shore.

Dari pandangan mereka, cara Marvin menguruskan hal ini tidak cerdik. Dia boleh mengalahkan White saja dan terus menang dalam pertandingan ini.

Jika dia menang pertandingan ini, White hanya akan berdendam terhadap Marvin, itu saja.

Dengan kematian White, ini akan membangkitkan kemarahan keluarga Unicorn!

Akhirnya pertandingan ini berakhir dengan kematian White. Disebabkan ini pertandingan dan bukan perlawanan kalah atau mati, Marvin tidak mempunyai hak untuk mengambil harta di badan White. Ini membuatkan Marvin rasa sedikit hampa.

Lelaki ini mempunyai banyak item yang bagus.

Ketika dia keluar dari kawasan pertandingan, Wayne terus berjalan dan memeluk Marvin dengan penuh teruja!

Wajah Hanzer terus pucat.

"Kenapa kau bunuh dia?" Hanzer bertanya.

"Aku tidak akan memberi alasan kali kedua." Marvin tersenyum. "Aku telah menyiasat beberapa hari ini. White merupakan salah seorang ahli Morfin Biru. Betul tak?"

Hanzer mengeluh, "Tetapi kau akan berada dalam keadaan bahaya. Keluarga Unicorn merupakan gergasi."

Gergasi?

Marvin tersenyum dan tidak mempunyai tanggapan yang sama.

Pulau Crystal terletak di penghujung Laut Sword dan juga berhampiran Teluk Jewel. Ia lebih dekat dengan pulau gunung berapi.

Dalam masa setengah bulan dari sekarang, naga merah kuno akan bangkit dari gempa bumi. Ia akan melakukan huru hara di kawasan Pantai Timur. Tanpa Anthony, Pantai Timur tiada legenda untuk berlawan dengan ia.

Dan keluarga Unicorn yang berada di Istana Crystal merupakan sasaran pertama kerana jaraknya yang sangat dekat!

Marvin masih ingat dengan jelas. Keluarga Unicorn yang merupakan keluarga ahli sihir agung ini hampir musnah sepenuhnya sebelum kedatangan bencana besar.

Kerana naga merah kuno ini melakukan kemusnahan ke semua tempat, hanya beberapa ahli keluarga saja yang terselamat kerana berada di luar kawasan dan mula membina semula keluarga mereka.

Tentu sekali naga merah kuno itu tidak berada dalam keadaan baik juga. Ini kerana keluarga Unicorn telah menggunakan semua cara untuk memaksa naga merah itu berundur.

Sebab itu naga tersebut senyap lebih dari setengah tahun dan menyambung untuk melakukan huru-hara selepas bencana besar berlaku.

Selepas kematian White, keluarga Unicorn pasti akan menghantar sepasukan askar untuk menguruskan Lembah White River.

Tetapi besar kemungkinan mereka menghantar pembunuh hendap untuk membunuh Marvin.

Tambahan lagi menghantar sebahagian dari kekuatan askar mereka untuk menguruskan Lembah White River merupakan perkara yang tidak berbaloi.

Bagi Wayne pula, keselamatan dia terjamin asalkan terus berada di wilayah Menara Three Ring.

"Jika mereka menghantar pembunuh upahan, aku sangat menantikan kedatangan ia!"

Marvin memang menunggu ia datang.

Kerana dia akan naik pangkat tidak lama lagi!

Ketika mereka hendak beredar, ahli sihir yang memakai jubah qipao ungu muncul di hadapan mereka.

"Baron Marvin, ada orang atasan mahu jumpa kau."

Wajah Hanzer terus berubah sedikit.

Dia ahli Menara Ashes. Oleh itu dia tahu apa maksud kedatangan ahli sihir berjubah ungu ini!

"Jubah qipao ungu, ini dipakai oleh rejimen ahli sihir di puncak!

Aksi mereka menunjukkan keinginan Mahaguru Menara Ashes, iaitu keputusan Hathaway.

Oleh itu orang atasan yang dimaksudkan itu adalah Hathaway.

Hanzer melihat kepada Marvin dengan wajah yang sudah berubah. "Memang aku dah agak, kau ada hubungan dengan Dame Hathaway."

"Faham."

Marvin berkata dengan tenang, "Pergi dulu, aku akan ikut kau jumpa orang atasan itu."

Di tingkat paling atas Menara Ashes.

Lantai kayu licin berwarna coklat, sofa berwarna merah wain, dan juga langsir putih seperti susu.

Tiga warna ini mempunyai serangan visual yang kuat.

Burung kakak tua warna hijau duduk di situ. Wanita yang malas sedang baring di sofa.

Dia berambut perang dan memakai baju tidur nipis. Betisnya yang putih itu kelihatan menyebabkan mata Marvin rasa silau.

"Marvin dari Lembah White River memberi penghormatan kepada Dame Countess."

Marvin fokus dan memberi hormat dengan etika bangsawan.

Dalam sistem Persekutuan Ahli Sihir Selatan, Mahaguru Menara Ashes, Hathaway mempunyai gelaran sebagai countess. Dan jika dia mencapai pangkat legenda, dia akan membina wilayah sendiri jauh di pedalaman dan terus menjadi Marquess. Untuk Dukedom pula, tiada satu dukedom di seluruh Pantai Timur. Ini kerana Benua Feinan sangat luas dan mempunyai banyak raksasa di antara bandar.

Formasi kuasa besar bukan empayar, tetapi persekutuan.

"Kau tidak perlu terlalu formal Baron Marvin, kau dan aku tahu gelaran ini merupakan perkara merepek dan hanya kekuatan individu yang lebih bermakna."

Hathaway berkata dengan suara perlahan, dua matanya yang cantik itu memerhatikan Marvin. "Kau mengecam aku pada hari itu?"

Marvin senyap seketika sebelum akhirnya berkata, "Aku ada kemahiran persepsi yang agak pelik…"

"Tipu," Hathaway mengejek.

"Persepsi kau biasa saja, dalam segi ini kau tidak berbakat."

"Sebenarnya," Marvin mengangkat bahu, "Tidak lama dulu, aku telah bermimpi panjang. Dalam mimpi aku terdapat ramai orang dan banyak perkara yang berlaku. Maafkan aku berkata terus terang. Aku telah jumpa ramai orang yang hebat di dalam mimpi aku… Dan kau salah seorang dari mereka."

"Mimpi?" Hathaway terus rasa bersemangat.

"Mimpi macam mana?"

"Agak sukar untuk beritahu. Tetapi ia membuatkan aku berubah." Marvin cuba bercerita dengan agak samar sebaik mungkin.

Dia tidak boleh kata dia dibangkitkan ke dunia ini, betul tak?

"Aku faham."

Hathaway tidak menyoal lagi dan terus membuat muka sudah faham apa yang berlaku. "Kau seorang [Peramal]."

Eh?

Peramal?

Air muka Marvin tidak berubah tetapi di dalam hati dia sangat terkejut. Dia menjangkakan Hathaway akan menyuruh dia memberi penerangan tetapi sebaliknya dia yang memberikan hujah penyelesaian pula.

Dia mengambil peluang untuk bertanya, "Peramal? Apa maksudnya?"

Hathaway berhenti dan merenung kepada Marvin. "Sesetengah orang dapat melihat situasi yang berlainan."

"Sesetengah orang diberi kelebihan oleh Takdir dan dapat melihat bencana yang bakal berlaku di masa akan datang."

"[Peramal] mempunyai banyak cara untuk melihat masa depan dan mimpi merupakan salah satu cara tersebut."

"Aku juga seorang Peramal, sebab itu aku mencari kau hari ini."

Marvin berkerut.

"Boleh kau beritahu apa yang kau nampak?"

Hathaway tidak sembunyikan sebaliknya merenung terus kepada Marvin. "Aku lihat kemusnahan."

"Kemusnahan?" Senyuman Marvin sedikit kaku.

"Kawasan Timur penuh kebakaran, raksasa mengganas, bandar semua hancur diserang oleh raksasa."

"Era Pemerintahan Ahli Sihir akan berakhir. Beberapa orang yang meragukan akan masuk ke Feinan. Mereka terlalu hebat. Aku telah lihat banyak kematian."

"Termasuk… Diri aku."

"Terdapat bayang yang semakin hampir kepada aku. Dan aku tidak dapat melakukan apa-apa untuk menentang kekuatan dia."

Angin yang sejuk bertiup. Tingkat atas sekali di Menara Ashes terus menjadi sejuk beku.

Selepas mendengar cerita Hathaway, Marvin agak terkejut. Adakah betul dia dibangkitkan ke dunia ini, atau semua hanya mimpi?

Adakah dia tersilap ingat kerana dia juga seorang Peramal?

Adakah kehidupan sebelum ini ilusi?

"Salah! Peramal tiada kaitan dengan aku! Aku Marvin, Marvin dari Bumi!"

Dia menggelengkan kepala, terus terbangun dari lamunan dengan peluh sejuk.

Kata-kata Hathaway hampir menyebabkan jiwa dia ragu-ragu.

Dia mengelap peluh dan mula fokus. Dengan suara serak dia bertanya, "Kenapa kau ceritakan ini kepada aku?"

Hathaway terus bangun dari sofa. Dia sedikit tinggi dari Marvin yang belum membesar sepenuhnya itu.

Dia menarik tangan Marvin perlahan ke meja.

Cara aku melihat masa depan dengan menggunakan bola kristal ini.

"Aku telah melihat masa depan aku pada masa lama dahulu. Tetapi setiap kali aku tengok masa depan aku, aku semakin hampa. Ini kerana aku tidak dapat melepaskan diri dari bayang tersebut. Aku ditakdirkan untuk mati."

"Tetapi beberapa hari sebelum ini, selepas kau muncul di Menara Three Ring, aku telah lihat sekali lagi. Tetapi kali ini, aku telah lihat keputusan yang berlainan."

Hathaway mengangkat perlahan kain yang menutup bola kristal itu.

Beberapa gambar huru-hara muncul di bola kristal itu.

Imej yang terakhir ialah gambar seorang lelaki. Lelaki ini ada kerambit kembar di tali pinggangnya dan memegang skrol di tangan.

Bayang itu terbaring di hadapan dia.

"Ini…" Mulut Marvin terus rasa kering.

"Kau bunuh dia."

"Hathaway terus menuding kepada bayang tersebut dan berkata, "Tidak lama dulu, lelaki ini membunuh Anthony."

"Tetapi sebenarnya aku telah lihat kau membunuh dia."

"Ini sebab kenapa aku mencari kau."

Chương tiếp theo