webnovel

Kesan Aura

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Pahlawan centaur itu menempik keberangan lalu ia sekali lagi menghayun lembing panjang di tangannya dan akhirnya berjaya mencederakan Zhang Yang.

'-1,312!'

Serangannya begitu ganas sehingga nilai kerosakan asasnya mencapai 2,000!

Meskipun begitu, Zhang Yang mendapat pertolongan daripada [Makhluk Suruhan: Teratai Jernih] dan nilai kerosakan sesaatnya telah melebihi 1300. Dia hanya memerlukan lebih kurang 30 saat untuk menghabiskan 35,000 HP pahlawan centaur itu! Dengan menggunakan pelbagai ikhtiar hidup yang dia perolehi, dia boleh membunuh pahlawan centaur tersebut tanpa perlu bergerak walau seinci sekalipun.

"Ding! Anda telah menewaskan Pahlawan Centaur, menerima 100000 mata pengalaman, mata reputasi centaur +125!"

Setelah Zhang Yang gagal dalam mendapat respons daripada Andark Kukulo, dia mendekatinya. Centaur tersebut akhirnya berkata, "Semua pahlawan sedang berehat pada waktu ini, datang semula pada waktu lain!"

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo