webnovel

Satria

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Selepas dia meminta maaf, gadis itu beredar dari situ sambil meninggalkan bauannya yang indah.

Melihat si cantik berbaju merah itu dari jauh, Leylin berasa hairan. "Ternyata Leylin yang menganggu kau, kenapa kau yang datang meminta maaf? Ada masalah ke otak kau ini?"

Dia berfikir sambil memegang botol yang diberikan itu: " Aku salah sangka ke tentang dia tadi? Adakah Bessita seorang perempuan yang baik hati?"

Leylin mengkaji botol kerja di tangannya. "Nampaknya mereka dah mempunyai teknologi untuk membuat kaca. Walapun berdasarkan pembuatannya, ia nampak agak kasar tetapi kualitinya agak bagus!"

Sebaik sahaja dia membuka penutup botol itu, keluarlah wangian ubat-ubatan.

Oleh kerana kebiasaan kehidupan dirinya yang lama, Leylin terus menyeru: "Cip A.I.! Sila imbas ubat ini dan analisis komponen-komponennya!"

"EH!" Melihat keputusan eksperiment itu, Leylin terkedu. "Aku tarik kembali apa aku cakap tadi, perempuan ini agak jahat dan berhati busuk!"

Apa-apapun, dia kemudian menyedari perasaan ini seperti seorang dewasa yang ditipu oleh seorang budak yang nakal.

"Dia masih budak-budak lagi! Dia tak mungkin guna teknik yang jahat! Mungkin beberapa tahun akan datang, botol ini akan penuh dengan racun yang boleh membawa maut!"

Melihat botol di tangannya, Leylin membuat keputusan untuk menyimpannya. "Aku akan simpan ini sekarang, mana tahu berguna di hari hujan nanti!"

Tiada sesiapa lagi menganggunya selepas Bessita.

Leylin baring semula. Walaupun dia kelihatan seperti sedang tidur, dia sebenarnya tengah menganalisis semua benda yang berlaku.

"Nampaknya tiada masalah atau risiko yang akan aku alami kalau aku terus pergi ke akademi Magus ini. Individu-individu berjubah putih itu semestinya Magi, nampaknya mereka tidak menemui apa-apa yang pelik tentang aku. Maksudnya, nak masuk akademi Magus ini agak senang sebenarnya."

"Walau bagaimanapun, berdasarkan khabar angin yang didengari oleh Viscount John, Magi ini adalah kejam dan sangat berahsia. Nampaknya persaingan antara pembantu paderi sangatlah sengit di dalam akademi itu walaupun terdapat peraturan tidak boleh membunuh antara satu sama lain. Sekurang-kurangnya aku kena ada satu bentuk perlindungan diri di situ."

Dia pun mengenggam dengan kuat cincin yang tergantung di lehernya sambil memikirkannya.

Bentuk cincin itu sangat tidak menarik dan berwarna hitam kilat. Terdapat huruf kecil 'Y' diukir di dalam bahagian dalam cincin tersebut bersama-bersama tulisan yang panjang lebar di sekelilingnya.

"Dengan teknologi yang ada pada zaman pertengahan ini, untuk mengukir corak yang rumit ini ke dalam bahagian dalam cincin ini adalah mustahil! Tetapi dengan kebolehan seorang Magi, ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan!"

Leylin membebel dan kemudian mengarah: "Cip A.I.! Imbas cincin di tangan aku ini!"

"Aku dah agak! Tahap Cip A.I. sekarang masih belum cukup untuk menganalisis apa yang ditinggalkan oleh Magus ini!" Leylin mengeluh dan menyimpan cincin tersebut.

"Bagaimana aku nak tingkatkan kuasa aku ini? Badan yang aku miliki ini sangat lemah nak dibandingkan dengan mereka yang sama umur dengan aku! Ini tidak adil."

"Kalau hidup aku yang dulu, aku boleh buat modifikasi dari segi genetik. Nampaknya tiada pilihan lain. Aku kena cari cara lain berdasarkan memori Leylin."

Leylin kemudian mencari tempat yang selesa untuk baring sambil memikirkan sesuatu. "Cip A.I.! Imbas kembali segala memori Leylin dan susun dengan lebih teliti!"

Berikutan dunia Leylin yang dahulu, dunia saintifik ini bukanlah sesuatu yang disukai secara majoriti. Hal ini kerana kuasa mental bukan sesuatu yang dimanfaatkan. Walau bagaimanapun, antara kuasa mental tersebut adalah kebolehan untuk mengingat kembali segala memori daripada hari kelahirannya.

Walaupun terdapat memori-memori tersebut agak sukar untuk diingati semula, memori-memori ini ada tersimpan di bahagian otaknya!

Sebaik sahaja Leylin memberi arahan tersebut, segala memori kehidupan Leylin daripada hari kelahirannya sehingga hari dipilih menjadi seorang pembantu paderi Magus dan juga pengemberaan ini, terpampang di hadapan Leylin dengan bantuan Cip A.I.

Setiap memorinya, bahkan apa yang dimakannya dan juga rasa makanan tersebut semuanya tersimpan dalam mindanya.

Terdapat banyak memori yang mengelirukan dan tidak penting. Sebelum ini, Leylin hanya ambil tahu apa yang dia perlukan dan mempedulikan yang lain.

Oleh itu, dengan bantuan Cip A.I. sekarang, dia mula untuk mengatur dan menyusun semua benda sebaik mungkin.

"Buat fail baru bernama 'Leylin Farlier' dan simpan semua maklumat ke dalamnya!" Leylin memberikan arahan.

"Tugas baru, cari maklumat cara-cara untuk meningkatkan kekuatan fizikal dengan cepat!"

Terpampang pelbagai data tentang apa yang dicari di hadapan Leylin.

"Banyaknya?" Leylin berhenti sebentar sambil memikir sesuatu. "Asingkan semua yang kadar kejayaan 50% dan ke bawah dan tambah satu syarat baru: Tuan badan haruslah kuat dan boleh menjalani segala cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan kekuatan diri. Bermula sekarang!"

"Tunjukkan kepada aku sekarang!"

"OK! Kaedah 1 tidak realistik untuk masa sekarang sampai aku tiba di akademi Magus itu. Kalau tidak, bagaimana aku nak belajar jadi seorang ahli sihir? Bagaimana latihan Satria pulak?"

Sambil Leylin membebel, dia memberi arahan baru. "Cip A.I., kumpulkan semua memori untuk latihan Satria. Lepas dah susun sepenuhnya, sila hantar kepada minda aku!"

Selepas data-data itu dihantar ke minda Leylin, dia mulai faham apakah tugas Satria ini.

Terdapat beberapa pihak berkuasa di dunia ini. Walau bagaimanapun, yang biasa didengari ialah Satria!

Satria ialah pahlawan yang telah melalui pelbagai latihan dan simulasi dalam meningkatkan tenaga dalaman mereka. Fizikal mereka jauh berbeza daripada manusia biasa.

Sebagai contoh untuk menjadi seorang Magus, bakat adalah satu syarat yang diperlukan, tambahan pula untuk mencari seseorang untuk menjadi ahli sihir adalah sangat sukar walaupun di antara 10,000 orang. Tetapi, untuk menjadi seorang Satria adalah berbeza, asalkan mereka komited dan sanggup untuk berusaha, sesiapa pun boleh menjadi Satria!

Kepada Satria-Satria ini, bukan sahaja fizikal mereka berbeza daripada manusia biasa, mereka juga telah diberikan latihan untuk mengendali senjata, dan juga dalam seni membunuh. Malah terdepat beberapa Satria yang ada kuasa rahsia yang boleh menggunakan kuasa yang besar!

Kerajaan di dunia ini, termasuklah ahli-ahli bangsawan, kebanyakkan mereka terbentuk daripada Satria-Satria.

Leylin yang datang daripada keluarga Farliler juga terbentuk daripada salah satu keluarga Satria. Pengasas keluarga tersebut pernah berlawan bersama raja pada peperangan yang lepas, dan telah banyak berjasa atas perkhidmatannya. Oleh kerana itu mereka diberikan gelaran Viscount, dan juga kuasa-kuasa tertentu.

Selepas sekali imbas semua maklumat tersebut, Leylin teringat satu adegan dari masa lalu.

Adegan tersebut berlaku di sebuah hutan yang kecil di daerah Viscount itu, dan John Farlier sedang memakai perisai pahlawan dengan muka yang tegas. Dia sedang memandang Leylin yang masih kecil dan berkata: "Harini, aku akan ajar kau teknik rahsia yang telah turun temurun dalam keluarga Farlier: Teknik pedang salib bersama teknik pernafasan. Kau kena ingat teknik ini tidak boleh diajar kepada sesiapa melainkan ahli keluarga Farlier!" Viscount John berkata dengan tegasnya!

Tetapi, Leylin masih kecil pada waktu itu, semestinya dia tidak mengambil peduli sangat terhadap isu itu, dan akhirnya lupa tentangnya. Viscount John telah cuba untuk memaksa dia melatih teknik-teknik tersebut, tetapi Leylin seorang yang sangat lemah dan takut untuk berlatih. Lambat laun, Viscount John pun berputus asa.

"Sigh… Ayah yang terlalu penyayang yang membuatkan anaknya gagal!" Akhirnya Leylin sedar bahawa tuan badan sebelum ini adalah seorang yang manja!

Walaupun Leylin hanya tahu untuk berfoya-foya dan lupa semua tentang latihan Satria dan juga teknik-teknik rahsia keluarganya, Leylin berjaya menebus semua maklumat tersebut dengan bantuan Cip A.I.

Teknik Asas Pedang Salib: Hayunan Melintang, Hayunan Menegak, Serangan Tusukan, Hayunan Senget…

Gerakan Kaki: Mara, Undur, Mengelak…

Terdapat juga teknik-teknik pernafasan. Semua ini sangat jelas terpampang dalam minda Leylin, bersama dengan pengalaman berlatih bersama Viscount John.

Memori itu berakhir dengan Viscount John menghembus nafas putih sambil mengunakan pedang salibnya, dan membelah batu yang besar kepada dua dengan satu serangan.

"Hm… Satria diklasifikasikan sebagai kuasa yang paling rendah sekali, tetapi mereka masih kuat! Bagaimanalah agaknya Magi yang pangkat lagi tinggi daripada Satria?"

Perasaan Leylin membuak-buak untuk menjadi seorang ahli sihir.

"Hm! Aku kena berlatih satu-satu. Aku kena tumpukan latihan teknik pernafasan Satria ini dulu! Aku faham latihan Satria tidak berkaitan dengan latihan Magus. Sekurang-kurangnya aku ada sesuatu untuk pertahanan diri aku."

Selepas analisis yang teliti, Leylin temui bahawa teknik pernafasan itu adalah sama dengn teknik qigong dalaman daripada dunia sebelum ini, cuma caranya lebih kasar. Ianya lebih bergantung pada simulasi luaran untuk mengaktifkan kuasa dalaman.

"Berdasarkan khabar angin, kalau seorang pahlawan melalui latihan Satria ini dan masih tidak dapat mengaktifkan kuasa dalamannya, cara lain ialah dengan menyertai peperangan yang sengit dan bahaya. Hanya dengan cara ini boleh mengaktifkan tenaga dalaman itu dan kemudian menjadi seorang Satria!"

"Cip A.I., pindahkan maklumat tentang teknik pedang salib kepadaku!" Leylin mengarahkan Cip A.I.

Sekelip mata pelbagai maklumat berkenaan teknik itu dipindahkan ke mindanya. Maklumat-maklumat teknik itu sangat jelas di mindanya, seolah-olah dia telah melatihnya sejak dari umur muda lagi.

"Asingkan teknik pedang salib itu dan simpan ke dalam fail baru, dengan nama fail 'teknik asas pedang salib'!"

Leylin tersenyum apabila Cip A.I. selesai dengan arahannya. Dengan bantuan Cip A.I, proses pembelajaran Leylin sangatlah cepat malah sangat pantas daripada genius-genius yang ada.

"Sekarang aku dah ada memori-memori tersebut, sebaik sahaja aku dapat mencari sebuah pedang salib, aku boleh melatih teknik tersebut. Kalau semua berjalan lancar, aku yakin aku akan berjaya menguasai teknik itu dalam masa 10 hari, dan setaraf dengan Viscount John!"

"Semua teknik pedang ini ialah untuk seni membunuh. Benda yang paling penting sekali untuk latihan Satria ini ialah teknik pernafasan itu!" Leylin berkata pada dirinya.

"Cip A.I! Berdasarkan status aku, siapkan simulasi yang terbaik untuk aku mulakan latihan teknik pernafasan ini!"

Sebaik sahaja suara mekanikal kedengaran, satu model manusia dalam bentuk 3D muncul di hadapan Leylin. Model itu adalah sama dengan dirinya – seorang remaja 13 tahun yang mempunyai ciri-ciri orang barat, rambut coklat, mata besar, dan kening yang tebal.

Model manusia 3D itu berulang kali membuat latihan teknik pernafasan itu, sambil menyesuaikan kadar kekerapan magnitude latihan tersebut. Lama-kelamaan, satu garisan merah kelihatan bergerak-gerak di dalam badan model manusia 3D itu.

Selepas beberapa minit, simulasi itu tamat. Suara Cip A.I. kedengaran sekali lagi.

Amaran: [Jika tuan badan melalui latihan teknik ini buat jangka masa yang lama, ini boleh mendatangkan kerosakan kepada tuan badan. Disarankan untuk berfikir dua kali sebelum memulakannya!]

"Phew! Ini memang latihan teknik Satria yang menakjubkan. Selagi aku mampu bertahan, aku akan dapat meningkatkan kekuatan aku dengan cepat. Aku tertanya-tanya apakah ada cara untuk menghapuskan kesan kerosakan ini?"

Leylin berkata sambil tersenyum.

Tiba-tiba suara Cip A.I kedengaran.

"Cip A.I. ada kebolehan seperti itu?" Leylin kelihatan gembira.

Chương tiếp theo