Ya, Qin Chu memberitahu dia kecewa dengan Huo Mian. Ayat itu telah membuatkan dia terluka lebih teruk berbanding yang lain.
Dia teragak-agak seketika sebelum membalas, "Saya tak rasa saya ada buat salah."
Ya, sehingga sekarang, dia masih merasakan apa yang dilakukannya sesuatu yang betul. Pada pendapat Huo Mian, satu-satunya cara untuk membuang rasa bersalah ialah dengan memberi keterangan kepada Su Yu.
Setelah menunggu untuk masa yang lama, Qin Chu tidak membalas mesejnya. Dia tahu Qin Chu sangat marah.
Sebelum habis waktu bekerja, panggilan daripada Zhu Lingling, Jiang Xiaowei dan yang lain masuk tanpa henti ke telefonnya.
Anginnya tidak begitu baik untuk menjawab soalan mereka. Jadi, dia hanya bercakap beberapa perkataan dan menggunakan alasan mahu berjumpa pesakit untuk menamatkan panggilan mereka.
Pada waktu petang, dia masuk ke bilik VIP yang terletak di tingkat atas untuk berjumpa Ni Yang.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com