webnovel

Mengambil Sesuatu Milik Orang Lain (5)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Tak mungkin… kalau bahaya, kami tak akan dapat keluar sebelum ni," kata Qin Chu perlahan sambil menghirup tehnya.

Rick terpana.

Kemudian dia memandang Qin Chu dan berkata, "Maksud kamu… siapa pun dia, dia tak serang kamu sebab dia nampak kamu berdua?"

"Nampaknya macam tulah. Saya tak pasti kalau mereka risaukan saya atau Mian. Saya juga tak tahu kenapa mereka cuba hentikan kami daripada siasat semua ni."

"Pelik betul… samseng dari tempat tu yang bagi amaran supaya saya tak masuk campur. Maksudnya, semua ni lagi rumit daripada apa yang kita jangkakan."

"Semua ni dah libatkan ramai orang. Latar belakang keluarga Mian, kebakaran besar dekat pusat kesihatan dan kematian Datuk Yang, semuanya memang pelik. Semuanya berkait dengan kes ni sejak dulu lagi. Lagipun, ramai sangat orang mati. Jadi, kalau orang kamu ke sana, mereka mungkin akan mati juga sebelum dapat apa-apa maklumat. Jadi, mungkin saya boleh siasat sendiri."

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo