"Kamu dah sedar?" Suara Huo Mian garau dan lemah.
"Jangan pergi…" Seperti seorang budak kecil, dia memegang tangan Huo Mian dengan kemas, tidak mahu melepaskannya.
Huo Mian tidak pernah melihat sisi Qin Chu seperti ini. Selalunya Qin Chu lelaki yang bangga diri, diam dan dingin, langsung tidak berminat dengan apa-apa yang tidak melibatkan Huo Mian. Sekarang? Dia kelihatan lemah. Wajahnya pucat dan bibirnya biru, kelihatan sangat tidak bermaya...
"Saya tak akan pergi." Huo Mian berpaling dan duduk di tepi katilnya.
"Mian… saya tak dapat pulihkan apa yang mak saya buat. Saya minta maaf. Kalau saya tahu dia akan buat begitu, saya tak akan beritahu ayah saya yang kita dah kawhin. Semua ini salah saya. Saya minta maaf, kamu merana sebab mak saya."
Walaupun suara Qin Chu lemah, pandangan matanya jelas membayangkan keikhlasan…
Huo Mian tahu dia sangat menyesal dengan perbuatan ibunya…
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com