"Emm... saya rasa dia teman wanita Gao Ran," ujar Huo Mian.
"Kenapa kamu ada di sini?" Gao Ran sangat terkejut apabila melihat Lin Xuejiao.
Dia ingat yang dia telah mengambil cuti hari ini, kan? Tambahan pula, tidak mungkin ada sesiapa yang memberitahu Lin Xuejiao dimana Gao Ran berada, kan?
Selepas mereka keluar bersama untuk beberapa kali, Gao Ran mengambil keputusan untuk berputus asa.
Jika bukan disebabkan insiden yang berlaku kepada Huo Mian, mereka mungkin telah lama menamatkan semua ini. Gao Ran tidak tahan untuk bersama dengan seseorang yang mengalami 'sindrom puteri'. Dia lebih menyukai 'wanita besi'. Sekurang-kurangnya 'wanita besi' hidup seperti orang biasa. Kenapa perempuan gemar menjadi seseorang yang bukan diri mereka dan kenapa mereka hidup dalam kepura-puraan? Mereka bukannya berada dalam wayang gambar.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com