Wajah Puan Qin berubah apabila mendengar soalan Jiang Linyue. "Dia dah ada teman wanita tetapi hubungan mereka dah putus. Mereka tak serasi. Hal ini dah lama berlaku dan kemudian anak saya ke luar negara. Saya tak pasti jika dia ada bertemu janji semasa di U.S. kerana dia jarang bercakap tentang hidupnya di sana."
"Oh, begitu rupanya. Puan Qin tak perlu risau. Kalau Presiden Qin pernah berjanji temu, khabar angin yang tersebar semuanya tidak betul." Jiang Linyue lega.
"Cik Jiang, saya nak tanya satu soalan dan saya harap kamu boleh jawab dengan jujur."
"Baiklah Puan Qin."
"Kamu sukakan Chu?" Tanya Puan Qin sambil merenung Jiang Linyue.
Wajah Jiang Linyue merah padam. Dia mengetap bibir dan mengangguk.
Puan Qin tersenyum. "Kamu mahu jadi teman wanita Qin Chu?"
Jiang Linyue mengangkat muka, wajahnya kelihatan suram.
"Presiden Qin takkan memilih saya."
"Kita takkan tahu selagi belum cuba. Betul?"
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com