webnovel

Percutian

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Semasa saya keluar sebentar tadi, saya nampak ahli keluarga yang tak munasabah itu berada di luar pintu. Kalau mereka nampak kamu, mereka mungkin bertindak sesuka hati. Saya rasa lebih selamat kamu balik melalui pintu belakang."

Huo Mian mengangguk. "Okey. Kalau begitu, saya akan balik melalui pintu belakang. Terima kasih, Ketua Han."

"Tak perlu berterima kasih. Jangan terlalu fikirkan perkara ini. Pengarah pasti akan lakukan sesuatu tentang hal ini. Mereka tak akan dapat apa-apa dengan buat kecoh di luar sana."

"Okey."

Huo Mian mengemas barangnya dan meninggalkan hospital melalui pintu belakang bersama-sama Huang Yue.

Ketua Han betul. Keadaan jauh lebih tenang jika dia balik melalui pintu belakang.

Fikiran yang kusut membuatkan Huo Mian memilih untuk berjalan kaki pulang ke rumah. Dia mengambil masa selama 15 minit untuk tiba di Taman Diraja.

Hari masih awal. Jadi, kondo mereka masih kosong. Qin Chu belum pulang lagi.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo