webnovel

Pengebumian

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Tanpa disangka-sangka, di hujung talian itu Qin Chu hanya bercakap dengan perlahan, "Jauhkan diri kamu daripada di gatal Huo Siqian itu mulai sekarang."

"…" Tiba-tiba, Huo Mian tidak tahu apa yang perlu dikatakan.

"Kamu dengar tak apa yang saya cakap?" Qin Chu memberi amaran dengan nada keanak-anakan.

"Ya, saya tahu."

"Pengebumian itu pada jam 7 pagi kan?" Beberapa minit yang lalu, Qin Chu terdengar apa yang dikatakan oleh pakar feng shui menerusi corong telefon.

"Ya." Huo Mian mengangguk.

"Saya akan tunggu kamu di pagar tanah perkuburan itu nanti."

"Tak apa. Saya akan terus ke hospital untuk bekerja selepas ini."

"Saya sudah minta mereka berikan kamu cuti sehari. Balik ke rumah dan berehat hari ini."

"Emmm." Huo Mian sekali lagi kehilangan kata-kata.

Lelaki ini sangat pantas. Dia sudah pun meminta hospital itu memberikannya cuti.

Tetapi, Huo Mian begitu tertanya-tanya. Klinik itu sangat sibuk kebelakangan ini. Jadi, kenapa Ketua Jururawat itu memberikannya cuti sehari dengan begitu mudah?

"Ketua Jururawat berikan saya cuti?" Huo Mian bertanya dengan tidak percaya.

Namun, Qin Chu menjawab dengan selamba. "Saya menghubungi Wu Zhongxing."

"Baiklah. Kamu menang." Huo Mian merasakan semua darah dalam tubuhnya membeku mendengarkan Qin Chu menelefon Pengarah Wu.

Seorang jururawat pelatih yang bukan siapa-siapa dari Jabatan OB/GYN menelefon pengarah hospital untuk meminta cuti – memang menempah maut.

Namun, berdasarkan status sosial Qin Chu, pengarah itu mungkin membenarkan dia mengambil cuti untuk setahun.

"Okey kalau begitu, saya jumpa kamu nanti." Selepas mereka selesai bercakap, Qin Chu meletakkan panggilan sebelum Huo Mian sempat mengatakan apa-apa.

Kebetulan betul. Selepas panggilan itu ditamatkan, Huo Mian sedar yang telefonnya sudah hampir mati.

Qin Chu menemaninya di hujung talian tanpa tertidur sepanjang enam atau tujuh jam.

Dia begitu bersungguh-sungguh.

Kadang-kadang, Huo Mian merasakan yang Qin Chu masih mencintainya walaupun lelaki itu tidak melafazkannya.

Tetapi, itu cuma bayangannya. Seringkali apabila sudah menenangkan dirinya, Huo Mian tersedar mereka berdua sama-sama enggan melupakan masa lalu.

Qin Chu tidak dapat menerima yang dia ditinggalkan tujuh tahun yang lalu. Dia tidak dapat menerima yang Huo Mian membuat keputusan seorang diri tanpa persetujuannya untuk memutuskan hubungan mereka.

Langit agak mendung pada hari pengebumian itu dan angin bertiup dengan kuat. Hati Huo Mian berasa begitu berat.

Terdapat kira-kira enam puluh orang di sana termasuk Keluarga Huo dan saudara mara mereka. Di luar juga terdapat lebih daripada 100 tetamu. Lebih daripada 100 Mercedes-Benz bergerak satu demi satu dalam kumpulan yang menakjubkan. Ia merupakan satu pemandangan yang begitu hebat. Kereta yang berada paling hadapan ialah sebuah Rolls Royce dengan potret nenek tergantung di hadapannya.

Semua orang yang menghadiri pengebumian itu memakai pakaian hitam dengan reben putih diikat pada sebelah lengan.

Para wartawan daripada beberapa pihak media mengikut perarakan itu dengan bersungguh-sungguh, membuatkan ia sedikit kecoh.

Huo Mian memakai gaun hitam dan kaca mata. Dia mengekori orang ramai dengan gaya yang tidak menyerlahkan kewujudannya.

Huo Siqian, Huo Siyi, Huo Yanyan, Puan Huo dan perempuan simpanan itu berada di sisi Huo Zhenghai.

Mereka sudah tentunya digemari oleh pihak media.

Sikap Huo Yanyan berubah mendadak berbanding hari sebelumnya. Air mata mencurah-curah daripada matanya yang merah dan bengkak, membuatkan orang bersimpati melihatnya.

Pihak media memberikan dia satu rakaman jarak dekat yang sangat spesifik sementara wartawan pula memberi komen di televisyen.

"Huo Yanyan, puteri Keluarga Huo sedang mengetuai perarakan pengebumian, berjalan paling hadapan. Cik Huo kelihatan sangat sedih. Matanya merah dan bengkak. Jelas nampaknya yang dia telah berjaga sepanjang malam semalam di Dewan Berkabung. Penghormatan yang diberikan kepada neneknya menyentuh hati dunia. Cik Huo bukan sahaja mempunyai rupa yang cantik. Dia juga mempunyai hati yang begitu baik. Wanita yang sangat berharga. Sukar untuk berjumpa wanita yang baik hati sepertinya dalam kalangan kelas atasan. Keluarga Huo telah mendidiknya dengan baik."

Semasa bahagian ini disiarkan di televisyen, Zhu Lingling sedang menonton daripada atas pesawat dan hampir termuntah.

Dia sangat rapat dengan Huo Mian. Jadi, sudah tentu dia sangat arif mengenai situasi Keluarga Huo.

Beberapa orang pramugari sedang berbual. "Huo Yanyan begitu baik. Dia sangat cantik dan baik. Dia pasti seorang hero hebat dan telah menyelamatkan dunia dalam kehidupannya sebelum ini sehingga dia begitu bertuah untuk dilahirkan dalam Keluarga Huo."

"Merapu! Perempuan ini tidak sebaik macam yang kamu lihat. Dia jahat. Jangan percayakan semua yang kamu dengar di media." Zhu Lingling berkata dengan marah. Jika ada seseorang yang baik dalam Keluarga Huo, orang itu adalah Huo Mian. Yang lain semuanya hipokrit.

"Macam mana kamu tahu Lingling? Adakah kamu berkawan baik dengan Huo Yanyan?" Salah seorang pramugari bertanya.

Chương tiếp theo