webnovel

Perancangan Awal

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Kawannnnnn. Apa yang kamu buat tengah-tengah malam ini?" Gao Ran hanya separuh sedar di hujung talian.

"Itu sahaja. Saya mahu maklumatnya esok pagi." Tanpa menunggu Gao Ran membalas, Qin Chu memutuskan panggilan.

-Keesokan paginya-

Apabila Huo Mian terjaga, dia terkejut apabila mendapati Qin Chu masih berada di rumah. Setakat yang dia ingat, Qin Chu sentiasa meninggalkan rumah sebelum pukul tujuh.

Melihat lelaki itu pada awal pagi menyebabkan Huo Mian mengalihkan arah pandangannya dengan kekok.

Terutamanya kerana Huo Mian belum membasuh mukanya dan rambutnya juga dalam keadaan yang tidak terurus.

"Kamu belum pergi kerja?"

"Mmm. Tidak banyak kerja yang perlu dibuat hari ini." Qin Chu duduk di meja makan dan sedang membaca akhbar ekonomi.

Dua hidangan sarapan pagi terhidang di atas meja itu.

Menu barat lagi…

Secara jujurnya, Huo Mian sudah sedikit bosan dengan makanan barat.

Tetapi, Qin Chu menyediakan sarapan dengan niat yang baik. Jika Huo Mian tidak makan makanan itu, dia akan kelihatan tidak ikhlas.

"Kamu…kamu kelihatan gemar akan sarapan gaya barat?" Huo Mian bertanya perlahan-lahan.

Qin Chu meletakkan surat khabar, memandang Huo Mian dan membalas, "Saya tidak tahu memasak makanan Cina."

Huo Mian kehilangan kata-kata.

Patutlah Qin Chu sering menyediakan sarapan gaya barat, spageti dan stik untuk makan malam. Rupa-rupanya, dia tidak tahu cara menyediakan makanan Cina.

"Ahem. Mulai sekarang, saya yang akan masak."

"Tidak. Saya akan carikan pembantu."

"Masakan saya tidak teruk. Percayalah." Huo Mian menerangkan.

"Saya bukannya mengahwini kamu supaya kamu boleh memasak. Saya tidak perlukan isteri saya untuk buat apa-apa. Buat sahaja apa yang kamu suka."

"Ah…" Huo Mian sangat teringin untuk memberitahu Qin Chu yang sekiranya dia berbuat demikian, dia akan dimanjakan dan menjadi bongkak. Namun, kata-kata itu tidak sesuai memandangkan hubungan mereka sedikit aneh.

"Adakah kecederaan kamu bertambah baik?"

"Mmm."

"Jangan lupa untuk pastikan ia sentiasa kering."

"Mmm." Qin Chu mengangguk.

"Saya sudah selesai. Saya akan bersiap-siap untuk pergi kerja."

"Saya akan hantarkan kamu."

Huo Mian melengah-lengahkan masa selama dua puluh minit. Tetapi, apabila dia keluar, Qin Chu masih menunggunya.

Qin Chu memandu Huo Mian ke hospital dengan kereta Volkswagen CCnya yang tidak menonjol sebelum menuju ke ibu pejabat GK.

Ia merupakan waktu puncak dan ramai pekerja yang ternampak bos mereka memandu Volkswagen CC dengan mata mereka sendiri.

Pada awalnya, sesetengah daripada mereka menyangkakan kereta itu milik Pembantu Yang. Tetapi, rahang mereka ternganga luas apabila bos mereka yang keluar daripada kereta itu.

Seseorang menggumam perlahan, "Trend fesyen apa yang cuba dilakukan oleh Presiden? Jika mata saya berfungsi elok, itu sebuah Volkswagen CC. Bukannya kereta mewah yang mahal."

Seseorang yang lain membalas, "Mungkin Presiden bercadang untuk bekerjasama dengan Volkswagen? Adakah kita kembali mengilangkan kereta?"

"Saya tidak rasa begitu. Mungkin Presiden sudah bosan dengan kereta mewah dan mahu mencuba sesuatu yang baru. Saya rasa begitu."

"Atau mungkin Presiden mahu berikan kereta itu kepada salah sebuah jabatan sebagai bonus?"

Para pekerja bergosip sementara Qin Chu meneruskan harinya.

-Di dalam pejabat Presiden-

Qin Chu sedang membelek dokumen semasa Gao Ran menelefon.

"Kamu jumpa apa-apa?" Qin Chu bertanya.

"Sudah tentu. Abang kamu ini kapten untuk pasukan polis jenayah dan saya bukannya dibayar gaji buta. Saya sudah jumpa. Saya jumpa begitu banyak maklumat sehingga ia jadi sedikit menakutkan. Kereta itu hampir melanggar seseorang di hadapan hospital dan saya sudah tengok. Ia kamu dan Huo Mian, kan?"

Gao Ran bertanya dengan kepoh.

"Sebutkan yang penting. Dari mana kereta itu datang dan siapa pemiliknya?"

"Pemilik kereta itu adalah Wu Shikai, pemilik Syarikat Logistik Hongtai. Tetapi, dia tidak berada di bandar sekarang. Pemandu semalam merupakan salah seorang pekerjanya. Namanya Wang Li, berumur 32 tahun, tidak berkahwin, kaki botol dengan rekod jenayah mencuri kecil-kecilan. Pendek kata, seorang yang jahat. Saya tidak tahu kenapa dia muncul di hadapan hospital semalam. Mungkin dia mabuk." Gao Ran membuat analisis.

"Mustahil. Dia tidak mabuk. Perkara itu dirancang. Dia di sana untuk membunuh Huo Mian."

"Kenapa pula dia mahu membunuh Huo Mian?" Gao Ran terkejut. Mana mungkin gadis seperti Huo Mian boleh mewujudkan kebencian dalam diri seseorang sehingga orang itu mahu melakukan pembunuhan terancang?

"Biar saya siasat selebihnya. Lain kali kita berbual." Selepas bercakap, Qin Chu meletakkan telefon.

"Presiden Qin, mesyuarat dalam sepuluh minit lagi." Pembantu Yang mengingatkannya.

"Batalkan mesyuarat itu. Saya ada sesuatu yang penting untuk dilakukan. Saya tidak akan jumpa sesiapa pagi ini atau tandatangan sebarang dokumen."

"Ya, Tuan." Yang memahami personaliti Presiden itu dan segera memaklumkan perkara tersebut kepada kakitangan lain.

Qin Chu mengangkat telefonnya dan dia teragak-agak seketika sebelum mendail nombor telefon seseorang.

"Rick, saya perlukan pertolongan kamu. Datang ke ibu pejabat GK dalam masa sejam." Qin Chu meletakkan panggilan lalu berjalan ke jendela gaya Perancis di pejabatnya sambil merenung lalu lintas di luar dengan riak wajah yang dingin.

Ada seseorang yang berani mengapa-apakan Huo Mian. Mereka pasti sudah gila.

Chương tiếp theo