webnovel

Membeli Kereta

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Encik Qin, adakah syarikat kita berjaya mendapatkan projek yang sangat bagus atau sesuatu seperti itu?" Salah seorang Timbalan Pengarah bertanya. Dia bersedia untuk memuji bosnya.

Qin Chu berfikir buat seketika. Dengan tangannya diletakkan pada dahi, dia berkata dengan penuh teliti, "Projek yang bagus? Ya, ia projek yang sudah saya rancang selama bertahun-tahun. Akhirnya, ia selesai."

"Itu sangat hebat! Boleh kamu beritahu apa projeknya? Kamu mahu tumpang gembira!" Timbalan Pengarah itu terus-menerus memberikan pujian.

Tanpa dijangka, Qin Chu perlahan-lahan berdiri. Sambil membetulkan kolar bajunya, dia berkata dengan tenang, "Kamu tidak perlu tahu. Apa-apa pun, hari ini hari yang baik."

Dengan itu, Qin Chu berpusing dan berlalu pergi.

Di belakangnya, bilik itu dipenuhi dengan eksekutif yang kehairanan.

Yang membuat kiraan dengan jari-jemarinya secara senyap. Ibu pejabat syarikat itu mempunyai dua ribu pekerja keseluruhannya dengan jumlah gaji bulanan yang digabungkan sebanyak lapan juta yuan. Dengan kenyataan Qin Chu hari ini, Presiden akan mengeluarkan lagi lapan juta yuan. Orang kaya memang boleh buat apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka, hati Yang terdetik.

Bos mereka secara khususnya, memang begitu.

"Ah…Encik Qin." Pembantu Yang berlari-lari anak mengejar Qin Chu.

"Apa?"

"Ada sesuatu yang mahu saya katakan."

"Cakaplah."

"Tapi saya takut ini akan membuatkan Encik marah."

"Kalau begitu jangan beritahu." Balasan Qin Chu hampir membuatkan Yang terus menangis.

"Tidak, tidak. Saya benar-benar perlu bercakap dengan Encik mengenai hal ini."

"Cakaplah."

"Bila agaknya Encik akan memulangkan kereta saya?"

Riak serba salah jelas terlakar pada muka Yang. Buat masa ini, dia memandu kereta Audi R8 bosnya untuk berulang alik ke tempat kerja, setiap hari. Sudahlah dia perlu menahan telinga mendengar gosip para pekerja, Tuhan sahaja tahu betapa takutnya dia jika dia tidak sengaja mencalarkan kereta bosnya. Perkara seperti itu bukannya sesuatu yang mampu dibayar oleh Yang.

Memang benar, kereta bosnya di bawah insurans. Namun, jika dia benar-benar tercalarkan kereta berharga milik bosnya, ia tidak akan melibatkan wang semata-mata. Dia mungkin kehilangan kerjanya sekali.

Bagi Yang, jawatan pembantu ini bagaikan sesuatu yang turun dari langit tepat ke dalam ribanya.

Orang terakhir yang memegang jawatan ini merupakan seorang wanita pertengahan usia yang sangat berkebolehan. Namun, sebaik sahaja Presiden baru itu mengambil alih jawatan, dia menaikkan pangkat pembantu wanita itu kepada pengarah dan memindahkannya ke cawangan yang lain. Kekosongan yang ditinggalkan oleh wanita itu diisi melalui pengambilan kerja luaran. Tetapi, daripada semua pemohon, Presiden baru itu memilihnya, orang yang paling tidak menakjubkan antara pemohon lain.

Apabila GK, memanggilnya bekerja, Yang menyangkakan hal itu satu jenaka.

Selepas itu barulah dia mendengar khabar angin yang menyatakan Presiden baru itu memilihnya atas dua sebab.

Pertama, dia seorang lelaki. Presiden baru itu nampaknya tidak gemar akan sebarang hubungan tidak penting dengan mana-mana wanita.

Kedua, dia menghadiri Sekolah Tinggi Kedua. Khabar angin mengatakan Presiden itu sendiri pernah menuntut di sana. Secara teknikalnya, mereka merupakan alumni dari sekolah yang sama.

Yang tidak bodoh. Dia dapat mengagak Sekolah Tinggi Kedua itu mempunyai kepentingan bagi Presiden baru tersebut.

Namun, Presiden itu sangat sukar dijangka. Pertama, dia meminjam kereta Wolkswagen CCnya. Kemudian, dia menyuruh Yang memandu Audi R8nya. Perkara ini membuatkan Yang tertekan.

Selepas mendengar permintaan Yang, Qin Chu melayan fikirannya. Kemudian, dia bertanya, "Adakah kereta saya tidak cukup laju?"

Yang menggoyangkan tangannya. "Tidak, tidak. Ia sangat laju."

"Kalau begitu, adakah kamu tidak gemarkan warnanya?"

"Tidak, tidak Encik Qin. Saya gemarkan warnanya juga. Ia hebat, ada kelas dan jelas sekali berkelas atasan."

"Jadi, adakah kamu rasakan yang ia tidak cukup menarik perhatian? Kalau begitu, saya ada kereta lain di dalam garaj saya – Ferrari, Lamborghini…"

Sebelum Qin Chu sempat menyudahkan ayatnya, Yang sudah hampir jatuh melutut.

"Encik Qin. Ia TERLALU menarik perhatian dan ia tidak sesuai dengan orang berkedudukan seperti saya. Saya hanya seorang pembantu. Mana mungkin saya mampu memandu kereta semahal itu? Beberapa hari kebelakangan ini, saya tidak dapat tidur pada waktu malam. Siang hari, saya takut jika ia tercalar. Malam hari, saya takut jika ada orang mencurinya. Encik Qin, tolong selamatkan saya dan pulangkan kembali kereta saya."

Melihatkan keihklasan Yang, Qin Chu mengangguk selepas berfikir seketika. "Baiklah. Kalau ia sangat mengganggu kamu, kamu boleh ambil semula kereta kamu."

"Terima kasih atas kebaikan Encik." Yang akhirnya menghelakan nafas lega.

"Telefon kedai kamu nanti. Pesan sebuah kereta sama seperti kamu dan hantarkannya pada saya."

"Tunggu…" Sekali lagi, Yang ditinggalkan tercengang-cengang.

Dia benar-benar tidak faham. Kenapa Presiden merendahkan dirinya dengan berkeras untuk memandu kereta Volkswagen. Adakah ini kerana kereta itu produk tempatan?

Adakah Presiden merupakan seorang patriot sebenar?

Selepas perbincangan perlahan di dalam fikirannya, Yang bertanya teragak-agak, "Encik, adakah Encik tahu menyanyikan lagu kebangsaan?"

Kening Qin Chu berkerut sedikit. Dia merenung dengan penuh kekeliruan pada pembantunya yang aneh itu.

Chương tiếp theo