webnovel

Aku Akan Menjadi Dewa!

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Qi pedang yang mengejutkan berkepul-kepul keluar tatkala pedang Dewa itu terbang keluar dari dasar laut. Ia bergerak dengan kelajuan yang tidak terperi.

Wajah Bapa Kesepuluh Puak Wang berubah dan firasat bahaya yang membawa maut memenuhi dirinya. Semasa dia mahu mengelak ke tepi, tiba-tiba tangan kiri Meng Hao mencapai dan menggenggam lengan Bapa Puak Wang.

Mata Meng Hao merah menyala dan wajahnya kelihatan begitu bengis, bagaikan dia seekor syaitan. Dia menjegil pada Bapa Kesepuluh Puak Wang, tangannya dipenuhi dengan kuasa kehidupannya, kedegilannya dan keberangannya.

"Kau…" ujar Bapa Kesepuluh Puak Wang. Wajahnya berubah tatkala dia menghantar kuasa asas pertapaannya meledak ke semua arah. Mindanya bergetar dengan firasat kemusnahan yang bakal melanda. Dia tahu dia tidak boleh membuat sebarang kesilapan, namun disebabkan aura pedang tersebut memenuhi seluruh kawasan itu sepenuhnya, dia tidak dapat meneka dari mana datangnya pedang Dewa itu dengan tepat.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo