Dalam regangan daratan antara Puncak Keempat dan Puncak Ketiga, terdapat lubang besar dalam tanah yang mengeluarkan kedinginan yang berdenyut ke udara.
Tatkala dia terbang di udara, Meng Hao terus tersedar akan kewujudannya. Lebih menarik lagi merupakan lambakan tumbuhan hijau yang menjalar, yang dapat dilihat berdekatan dengan lubang tersebut. Ia bersinar bagaikan seperti khazanah dan setiap satunya selebar seorang manusia dan memancarkan kuasa yang menakjubkan.
'Agak-agaknya ada apa di dalam lubang itu…?' fikirnya. Meng Hao tidak pasti akan sebabnya tetapi semasa dia memandang ke arah lubang yang dalam itu, tiba-tiba dia merasakan sensasi yang menjadikan seluruh dunia ini kabur dan bertindan dengan dunia sebenar. Walaupun mindanya kembali seperti biasa dengan segera, namun dia masih berasa sangat terkejut.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com