Media Berkilauan, pejabat Ye Mu Fan.
"Semua maklumat berkaitan kerjasama kita telah disahkan dan selesai. Cik Shen, awak ada apa-apa lagi?" Ye Mu Fan mengepit rokok antara dua jarinya sambil melirik kepada wanita yang sedang duduk di atas sofa di hadapannya.
Wanita itu berpakaian gaun malam hitam. Dia kelihatan menawan dengan tubuh badan yang menggiurkan. Dia terus bangun dan berjalan ke arah Ye Mu Fan.
Wanita itu berdiri di hadapan meja Ye Mu Fan dan berkata dengan manis, "Felix…"
Ye Mu Fan menjentik abu di hujung rokoknya dan melihat kepada wanita itu dengan bersahaja.
Wanita itu sengaja membongkok untuk mendedahkan bra berenda hitam yang dipakainya…
"Ya? Ada apa-apa lagi?" Ye Mu Fan berlagak tidak faham dan bertanya.
Dahulu, dia seorang kaki perempuan dan mempunyai begitu banyak kaedah untuk memikat. Bagaimana dia tidak tahu apa yang wanita itu cuba lakukan?
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com