webnovel

Berpura-pura Dianiaya Setelah Mendapat Bantuan

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Mereka sekeluarga baru sahaja mahu pulang apabila suara Liang Jia Hao kedengaran daripada belakang.

"Kakak..."

Liang Wan Jun terhenti dan berpaling melihat Liang Jia Hao tanpa sebarang emosi dalam matanya.

Betapa banyak dia curahkan kasih sayang kepada adik lelakinya sebelum ini sama banyak dengan betapa kecewanya dia kepada lelaki itu sekarang. Perasaan kecewa itu telah menimbun tinggi setelah bertahun lamanya dia pendam. Kini, tiada kesedihan yang tinggal, hanya perasaan kosong yang tinggal.

"Kakak, Akak sekeluarga memang nak pindah keluar ke?" tanya Liang Jia Hao.

Liang Wan Jun menoleh kepada anak perempuannya dan berkata dengan nekad, "Ya, kami dah susahkan awak selama ni."

"Kakak, saya…" Liang Jia Hao mengeluh. "Saya tahu Kakak dengan Abang dah banyak tolong kami. Saya minta maaf, saya pun tersepit… pasal syarikat, Abang akan kerja dekat sana lagi ke?

Ye Wan Wan berdiri di sisi dan mencemuh.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo