webnovel

Kamu Tidak Ada Hak

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Sam akan membuka mata selebar-lebarnya untuk melihat sama ada mereka mampu atau tidak!

Tong Liang mengabaikan komen sindiran mereka. Pandangannya yang tertumpu ke arah Xinghe bertukar dingin. "Cik Xia, saya menasihati kamu dengan penuh baik hati. Jangan lakukan kesilapan ini."

"Jadi, saya berterima kasih atas kebaikan kamu. Sayangnya, kamu dah membazirkan masa pada orang yang salah." Xinghe kemudian berpaling untuk memberitahu rakan-rakannya, "Mari kita pergi."

Dia tidak berminat untuk melayan kerenah Tong Liang. Sam dan yang lain juga tidak mahu melihat wajahnya lagi, jadi mereka menyusul pergi.

"Berhenti di situ!" tiba-tiba Tong Liang mengarahkan. "Ada ke saya kata kamu dibenarkan untuk pergi? Tiada seorang yang akan pergi kalau kamu tak serahkan barang itu!"

Sebaik sahaja dia berkata demikian, orang yang dia bawa segera mengepung kumpulan Xinghe.

Chui Qian berkerut. "Cik Tong, apa makna semua ini?"

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo