Tuan Besar Lin menegur dia kerana kebodohannya. "Sia-sia sahaja kamu bergelumang dalam dunia politik selama bertahun-tahun, kamu lebih lembab dari Lin Xuan. Kamu rasa kenapa dia bawa Adik Yan pergi?"
Lin Kang mengerti akhirnya. "Kita nak gunakan Adik Yan?"
"Dia calon yang sempurna," kata Tuan Besar Lin dengan yakin. "Kita tak boleh benarkan ini dikaitkan semula dengan kita, jadi kita perlu meminjam bantuan orang lain untuk melakukannya, asalkan orang itu bukan dari keluarga Lin."
Lin Kang mula berasa bimbang. "Bukankah ini akan membahayakan Adik Yan? Sekiranya perkara ini terbongkar…"
Tuan Besar Lin ketawa. "Kamu tak fikir ke tentang identiti Adik Yan? Siapa yang berani melakukan apa-apa terhadapnya? Paling teruk pun, hanya seorang perempuan yang mati, ada banyak cara untuk merahsiakannya."
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com