Tetapi dia sedar yang penyerangnya ini bukan mahu dia mati, kerana mereka memang mampu membunuhnya dengan mudah jika mereka mahu. Ye Shen tahu mereka masih memerlukan maklumat daripadanya. Dia masih berpeluang untuk hidup.
Lelaki di hadapannya itu bertanya semula, "Ini kali terakhir saya bertanya, di manakah barang itu?"
Ia agak sukar untuk dipercayai, tetapi ketika ini barulah Ye Shen menyedari yang lelaki itu bercakap tentang kristal tenaga!
'Siapakah mereka ini? Bagaimana mereka tahu saya mempunyai kristal tenaga?'
Semua soalan itu muncul dalam fikirannya. Tetapi dia tetap berdegil. Dia tidak akan menyerahkan lokasi hartanya itu dengan mudah.
"Saya, saya memberikannya kepada isteri saya… Ia ada dengannya, kamu boleh mendapatkannya dari dia…" Ye Shen mengeluarkan kata-kata dari mulutnya dengan sukar.
Setelah mendengar jawapan tersebut, ketua kumpulan penyerang itu memberi isyarat mata kepada orang yang mencekik Ye Shen.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com