webnovel

Xinghe Pasti Menipu

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Para penonton masih terpaku selama sekurang-kurangnya dua saat.

Semua orang tidak percaya. Mereka semua terlalu terkejut untuk memberikan sebarang reaksi.

Xinghe menulis jawapan dengan begitu sahaja?

"Ini mustahil…" kata Ruobing tanpa disedari, dia serta merta berpaling ke arah ketiga-tiga orang profesor. "Dia salah, kan? Dia tidak menunjukkan sebarang jalan kerja pun sewaktu menyelesaikannya, semua jawapan itu pasti mengarut!"

Ketiga-tiga orang profesor terhormat itu tidak terkata-kata.

Kebanyakan orang ramai berfikiran sama dengan Ruobing, mereka yakin jawapan Xinghe mengarut sahaja.

Tetapi, dunia mereka digegarkan apabila Profesor Chen membuka mulutnya dan berkata, "Sekurang-kurangnya untuk soalan saya, dia menjawab dengan betul."

"Saya punya juga."

"Saya pun sama," Profesor Wong dan Profesor Qian menambah.

Mata Ruobing terbeliak lebih besar.

Kesemua para penonton turut sama terkejut beruk.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo