Kejutan itu menyerang dengan tiba-tiba sehingga mereka tidak tahu hendak berbuat apa. Mereka semua kekalutan seperti ayam yang tiada kepala!
Malah, mereka sangka mereka tersalah dengar.
Apa yang Mubai katakan tadi?
Dia ingin memutuskan pertunangannya dengan Tianxin?
Betul ke dia cakap… Dia mahu batalkan pertunangan dengan Chu Tianxin‽
"Tidak, saya pasti tersalah dengar…" Tianxin berkata pada dirinya sendiri dengan penuh rasa terkejut. Wajahnya pucat dan dia hanya mampu menatap Mubai, "Mubai, apa yang kamu katakan tadi? Saya tak faham…"
Puan Tua Xi yang terkejut berkata, "Mubai, ini bukan benda main-main! Kamu pasti tersalah cakap, bukan?"
Semua orang bersangka begitu. Selama ini, semuanya baik-baik sahaja. Kenapa tiba-tiba sahaja dia mahu memutuskan pertunangan?
Renungan Mubai sedikit pun tidak berubah, sehinggakan semua orang di dalam bilik berasa tidak senang.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com