webnovel

Memandang Rendah Terhadap Xia Xinghe

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Wanita tersebut masih penuh bangga sebagai dahulu; masih tidak tahu merendahkan dirinya.

Mubai tidak pernah bertemu seorang wanita sebangga Xinghe.

Tidak kira kesilapan apa yang dibuatnya, Xinghe tetap tidak akan meminta maaf apatah lagi menunjukkan rasa kesal.

Walaupun dalam situasi dia sekarang, Xinghe masih berpegang pada rasa bangganya dengan begitu degil.

Mubai tertanya-tanya sama ada dia akan berubah atau tidak pada masa hadapan.

Apabila Mubai sedang ralit berfikir, seseorang telah mengetuk pintu pejabatnya.

Mubai tersentap daripada imaginasinya dan berkata, "Masuk."

Chang An membuka pintu dan berjalan masuk. Apabila ternampak dia, Mubai bertanya, "Kenapa kamu balik begitu cepat?"

Chang menjawab dengan riak yang sukar diramal "Cik Chu telah mengambil teksinya sendiri untuk pulang. Maafkan saya CEO Xi kerana gagal menghantar Cik Chu pulang."

"Apa telah terjadi, adakah Tianxin marah?" Mubai bertanya.

Chang An menggelengkan kepalanya dan menjawab, "Tidak pasti tetapi bunyinya seperti Cik Chu telah dibuli oleh keluarga Xia."

Mubai tidak bertanya lebih lanjut lalu berkata, "Baiklah, terima kasih."

"Saya akan balik CEO Xi," kata Chang An. Mubai tidak menunjukkan sebarang minat untuk mengetahui apa yang telah berlaku kepada tunangnya.

Mubai telah meramalkan bahawa insiden tersebut akan berlaku apabila Tianxin ingin kembali berjumpa Xinghe untuk menghulurkan bantuan. Xinghe telah memberitahu dengan jelas bahawan dia tidak mahu pertolongan mereka.

Tianxin ingat tindakannya akan dianggap baik di mata Mubai tetapi Mubai menganggap ianya bodoh.

Tianxin balik berjumpa Xinghe meskipun dia tahu yang Xinghe akan menolak pemberiannya. Dari perspektif Mubai, Tianxin berhak menerima reaksi tersebut daripada keluarga Xia.

Mubai ialah orang yang tidak boleh menerima tindakan yang tidak berasas.

Oleh itu, dia tidak berasa sedih untuk Tianxin atau berniat untuk memujuknya.

Setelah Tianxin tiba di rumah, dia menunggu dengan sabar untuk panggilan telefon Mubai tetapi tentulah Mubai tidak menelefonnya.

Ini membuatkannya marah lalu dia melayari internet dan melepaskan perasaanya kepada teman-teman wanitanya.

Perempuan jalang tersebut, saya beri wang kepadanya kerana saya masih anggap dia sebagai emak Xi Lin! Dia ingat dia siapa hingga mampu menghina saya di khalayak kakiktangan hospital! Dia hanyalah seorang perempuan jalang di mata saya!

Tianxin, dia memang seorang perempuan jalang. Janganlah naik baran untuk wanita tidak guna macam dia. Jari kelingking kamu sahaja sudah lebih bernilai daripada dia.

Tianxin tergelak. Macamlah kamu perlu beritahu saya pasal itu? Walau bagaimana pun, ianya sedih kamu tidak dapat melihat betapa seksanya dia kelihatan sekarang. Mukanya berkedut seperti mumia dan dia tinggal di kawasan setinggan. Kehidupannya memang telah musnah. Kamu tahu tak betapa gembiranya apabila saya melihat keadaannya? Saya hampir terbang kegembiraan.

Inilah apa yang kita panggil karma. Sudah tentu Tuhan akan menyeksa perempuan hina seperti dia. Tianxin sabarlah, kamu akan melihat jurang di antara kamu berdua semakin membesar. Dalam beberapa tahun, dia perlu menjual badannya kepada lelaki gemuk semata-mata untuk hidup. Kemudian dia akan menyesal kerana tidak mengambil wang kamu hari ini.

Perasaan Tianxin berubah baik dengan tiba-tiba.

Mulut dia melengkung dan mengukir senyuman sinis aapbila dia menjawab. Tolonglah, jarak di antara kami memang sudah besar okay? Kamu patut lihat pakaian buruk yang dia pakai. Saya pasti tidak akan menggunakannya walaupun sebagai tikar lantai. Xinghe juga kelihatan lebih tua daripada ibu saya. Kamu tahu betapa susahnya saya nak mengawal diri saya daripada memanggilnya makcik?

Mereka sambung memburuk-burukkan Xinghe.

Dalam kalangan kawan-kawan Tianxin, Xinghe telah dipersendakan ke tahap di mana dia berada lebih rendah daripada najis manusia.

Chương tiếp theo