webnovel

Lelaki Kacak Tak akan Buat Perkara Memalukan untuk Kesalahan yang Sudah Berlalu!

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Sebelum ini Su Qianci tidak tahu sekejam mana Ou Ming. Tetapi kata-kata yang dilontarkan Ou Ming kepada Yu Lili sudah cukup untuk membuatkannya berasa marah. Ditambah pula dengan perkara yang diberitahu Li Sicheng, Su Qianci kini menganggap Ou Ming sebagai seorang yang bermulut kejam.

Li Sicheng mendengar amaran Su Qianci kepada Ou Ming dan berasa geli hati. Ou Ming bukan kejam tetapi agak jahat!

Su Qianci menamatkan panggilan dan melihat Li Sicheng masih memakai baju tidur. Dia berkata, "Saya pergi ke bilik Lili dulu. Nanti kamu cari kami di restoran."

"Okey." Li Sicheng menggosok kepalanya, kemudian merendahkan kepalanya dan berkata, "Beri saya satu ciuman." 

Su Qianci memalingkan wajahnya dengan tidak puas hati. Dia tidak mengendahkan suaminya itu lalu mengambil beg tangannya dan keluar.

Tiba di bilik Yu Lili, Su Qianci menekan loceng pintu. Pintu itu dibuka oleh Yu Lili selepas beberapa saat. Yu Lili memakai jubah mandi dengan rambut yang masih agak basah.

Sebaik melihatnya, Su Qianci senyum dan berkata, "Ou Ming minta saya bawa kamu pergi bersarapan. Jom."

Yu Lili mengebilkan matanya dengan agak terkejut. "Ou Ming minta kamu datang?"

"Ya." Su Qianci masuk ke dalam bilik itu dan memandang sekeliling. "Macam mana kamu tidur semalam? Bukankah bilik ini hebat?"

"Oh…" Yu Lili menutup pintu dan berkata acuh tidak acuh, "Boleh tahan."

"Saya yang tempah bilik ini," kata Su Qianci dengan bangga. "Bagaimana malam semalam? Kamu ada beritahu dia?"

"Apa yang perlu saya beritahu?" tanya Yu Lili kembali sambil memandang ke lantai. "Apa maksud kamu?"

Saya tidak beritahu dia apa-apa, tapi dia ada beritahu saya sesuatu. Sesuatu yang amat menyakitkan saya.

Su Qianci tersenyum nakal sambil mengangkat keningnya dan bertanya, "Kamu tak…"

Yu Lili yang melihat riak wajah itu menolak wajah Su Qianci dengan lembut dan berkata, "Pergilah kamu. Saya baru keluar hospital. Apa yang kamu fikirkan?!"

"Oh…" Su Qianci kelihatan faham dan berkata, "Saya faham."

Yu Lili terkedu melihat riak simpati pada wajah Su Qianci dan berkata, "Dari mana kamu belajar buat muka begitu? Itu sungguh jahat."

Mendengar kata-kata itu, Su Qianci ketawa lalu mengangkat keningnya dengan gaya angkuh dan berkata, "Saya belajar dari Pak Cik Luo budak-budak itu. Jahat kan?"

Pada masa yang sama di Kingstown, Luo Zhan terbersin dengan kuat. Susu dan snek yang berada di mulutnya bersemburan keluar. Luo Ran yang duduk berhadapan dengan Luo Zhan menutup mata dan mengetap giginya. Urat biru di dahunya keluar dan dia menjerit, "Kau bodoh!"

Luo Zhan berundur ke belakang dan menjerit, "Aku tak sengaja! Ada orang sedang mengumpat aku. Mustahil aku dapat tahan bersin!"

Luo Ran mengambil cawan di hadapannya dan bersedia untuk menyimbah air ke muka Luo Zhan.

Luo Zhan segera menutup mukanya dengan tangan dan berkata dengan mata tertutup, "Abang, seorang lelaki kacak tak akan buat perkara memalukan untuk kesalahan yang dah berlalu!"

"Hmph!" Luo Ran meletakkan cawan itu kembali ke atas meja. Dia memandang sarapannya yang sudah tidak boleh dimakan dan berkata dengan nada marah, "Bersihkan semua ini. Aku nak keluar."

"Ke mana?"

"Keluar dengan teman wanita!"

Luo Ran mengambil kotnya lalu membuka pintu dan keluar.

Luo Zhan mendengus melihat kekotoran di hadapannya dan tidak sanggup melihatnya kali kedua.

Kan bagus kalau Lu Yihan ada di sini. Aku boleh tinggalkan semua ini untuk dia kemaskan.

Chương tiếp theo