webnovel

Jangan Naik ke Katil Saya Malam Ini

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Sebaik pintu itu tertutup di hadapannya, Su Qianci berasa amat bimbang terhadap Yu Lili.

Saya dah buat silapkah? Nampaknya masalah antara Ou Ming dan Yu Lili bukan semudah yang saya sangka. Adakah Ou Ming… akan pukul Lili?

Su Qianci yang agak risau mendekatkan telinganya pada pintu untuk mendengar bunyi di dalam bilik itu, tetapi tidak dapat mendengar apa-apa. Selepas seketika, dia mengambil barang-barang yang dibelinya dan berjalan ke suite di bahagian selatan. Dia membuka pintu menggunakan kad dan mendengar bunyi 'bip'. Selepas melemparkan barang-barang beliannya ke atas sofa di dalam bilik itu, dia duduk dan merasakan kakinya amat sakit.

Li Sicheng baru sahaja selesai mandi. Dia membuka pintu bilik air dan berjalan keluar dengan hanya memakai tuala. Badannya masih basah. Apabila melihat isterinya sudah kembali, dia mengelap rambutnya sambil bertanya, "Kamu ke mana?"

"Saya pergi membeli-belah, beli sedikit pakaian dan makan dengan Yu Lili." Su Qianci duduk di sofa dengan wajah yang agak marah dan menyambung, "Sayang, saya rasa saya dah buat silap. Saya biarkan Lili dan Ou Ming tinggal sebilik. Tapi bila tengok reaksi Yu Lili, saya nampak dia tak mahu duduk bersama Ou Ming. Ou Ming akan pukul Lili kah? Apa patut saya buat?"

Li Sicheng ketawa mendengar kata-kata itu. Dia mendekati Su Qianci dan mencubit lembut pipi isterinya itu. "Mustahil. Ou Ming terima pendidikan barat tentang lelaki yang berbudi bahasa sejak dia kecil. Dia tak pernah pukul perempuan." 

"Ada kemungkinan dia akan mencaci maki perempuan?" Su Qianci memandang Li Sicheng dengan perasaan yang masih terganggu.

Soalannya membuatkan Li Sicheng terdiam seketika. Itu tidak mustahil kerana Ou Ming sentiasa bercakap agak kasar… Tetapi melihat riak wajah isterinya yang risau, Li Sicheng menjawab, "Tidak."

Mendengar jawapan suaminya, Su Qianci berasa sedikit lega lalu mengangguk. "Baguslah. Saya harap Ou Ming akan berbincang dengan baik bersama Yu Lili dan selesaikan masalah antara mereka. Tapi nampak seperti dia tak suka Lili. Kamu pasti cara ini berguna?"

"Saya tak tahu. Yu Lili bercita-cita tinggi dan mahukan banyak benda." Li Sicheng melempar tualanya dan menyambung, "Sebenarnya Ou Ming sangat sayangkan dia. Jangan risau."

"Bercita-cita tinggi? Lili sebenarnya sangat mudah untuk digembirakan!" kata Su Qianci dengan nada tidak gembira.

Li Sicheng hanya tersenyum dan tidak berkata apa-apa. Melihat reaksi itu, Su Qianci berasa agak marah. "Kenapa buat riak wajah begitu?"

"Kalau dia seperti yang kamu cakap, dia tak akan tinggalkan Ou Ming dahulu. Perempuan itu lebih rumit daripada apa yang kamu sangka."

"Mana ada! Saya sangat kenal Yu Lili siapa!"

"Kamu tak kenal dia, Puan Li. Dia tak sebaik yang kamu sangka." Li Sicheng menarik Su Qianci bangun dan menyambung, "Saya tak rasa dia layak untuk Ou Ming."

Su Qianci bertambah jengkel mendengar kata-kata itu. Dia menarik tangannya dari pegangan Li Sicheng dan berkata, "Jelas Ou Ming yang tak layak untuk Lili. Lili wanita yang baik, tapi Ou Ming tak hargai dia! Kamu tahu berapa ramai yang sukakan Yu Lili dahulu? Kamu langsung tak kenal Lili. Bagaimana kamu boleh cakap begitu?"

Li Sicheng tidak mahu bergaduh dengan isterinya dan berkata, "Tak perlu sakitkan kepala kamu dengan perkara ini. Pergi mandi."

"Hmph!" Su Qianci menjeling suaminya tajam kemudian menghentakkan kakinya dan berkata, "Jangan naik ke atas katil saya malam ini!"

Li Sicheng membuat riak wajah tidak bersalah. Dia merasakan isterinya menjengkelkan dan menggelikan hati pada masa yang sama. "Saya ada buat salahkah?"

Tanpa menjawab soalan itu, Su Qianci berpaling dan terus berjalan ke bilik air.

*****

Yu Lili bergelut dan cuba menarik lengannya kembali, tetapi ia dipegang erat oleh Ou Ming. Dia menarik Yu Lili dengan kasar ke dalam bilik.

Chương tiếp theo