webnovel

Semua Penantian Itu Amat Berbaloi

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Su Qianci membuka kotak baldu yang berada di tangannya, mengeluarkan cincin dan menyarungkannya ke jari manis Li Sicheng. Li Sicheng turut melakukan perkara yang sama.

"Sekarang, saya umumkan kamu berdua suami isteri dengan bersaksikan cinta dan teman-teman. Pengantin lelaki boleh cium pengantin perempuan."

Pipi Su Qianci kemerahan dan dia menundukkan wajahnya. Li Sicheng mengangkat vel yang melindungi wajah isterinya dan memegang wajah itu dengan lembut sebelum mencium bibir isterinya itu. Semua orang di situ menjadi teruja. Sorakan, ucapan tahniah dan usikan bercampur menjadi satu.

Walaupun hanya menonton semua itu dari telefonnya, perkara itu membuatkan Yu Lili amat cemburu. Ia bukan perkara yang mengejutkan. Li Sicheng benar-benar mencintai Su Qianci. Apa yang patut dia lakukan… dia berasa agak cemburu. Yu Lili tidur lewat demi menonton siaran langsung majlis perkahwinan itu. Majlis perkahwinan itu seakan satu filem dengan latar belakang yang amat cantik. Pasti Su Qianci berasa seakan memasuki set penggambaran filem terbaik Hollywood, bukan? Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 pagi dan Yu Lili melihat wajah bahagia Su Qianci dan Li Sicheng dengan perasaan cemburu. Hatinya turut berasa kosong. Sebaik sahaja siaran langsung majlis itu berakhir, Yu Lili membuka Weibo dan melihat semua topik hangat adalah berkaitan mereka.

Mengejutkan! Pasangan LS sudah kembali. Bersedia untuk berasa cemburu?

Perkara Yang Mengakibatkan Kecemburuan Di Tengah Malam

Perkahwinan Pasangan LS Di Ireland

Majlis Seakan Filem Hebat Disney

Dia Mendapat Kesemuanya Yang Diidamkan Oleh Setiap Wanita

Semua Orang Mengatakannya Gila Kerana Menanti Selama Empat Tahun Tanpa Mengetahui Su Qianci Ialah Pemenang Terbesar

Pelbagai jenis tajuk yang ringkas dan padat berkenaan mereka memenuhi Weibo. Cukup untuk Yu Lili tahu lebih terperinci tentang apa yang berlaku. Cemburunya…

Yu Lili mendengus kecil, kemudian menutup telefonnya dan meletakkannya ke tepi tetapi mengambil masa yang lama untuk melelapkan matanya. Pada jam tujuh pagi, dia terjaga dan mandi. Selepas membelanjakan lima dolar untuk sarapan, dia tiba di kedai bunga pada jam 7.50 pagi dan terus memulakan kerja. Perkara yang menjadi khayalan dan indah hanya berlaku kepada Su Qianci. Wanita itu bertuah. Manakala dirinya sedang menderita akibat dosa-dosanya sendiri. 

*****

Selepas upacara perkahwinan itu, perkara lain sudah kelihatan tidak penting. Tetamu yang dijemput ke Ireland semuanya adalah keluarga dan rakan-rakan yang berhubungan baik dengan Li Sicheng. Selebihnya adalah keluarga dan rakan-rakan Su Qianci. Seluruh ahli keluarga Li hadir kecuali Atuk dan Liu Sao. Kanak-kanak bertiga itu mengekori Li Jinnan dan Lu Yihan sambil cuba mendapatkan angpau. Su Qianci telah bertukar pakaian kepada baju toast gaya Cina dan berasa amat letih selepas minum sedikit wain.

Disebabkan semua tetamu yang hadir adalah kenalan rapat, Su Qianci tidak begitu kisah dan terus naik ke bilik hotel. Selepas menanggalkan solekan dan mandi, dia berbaring di atas katil sambil bermain dengan telefonnya. Apabila melihat mesej yang tidak putus-putus diterima, barulah dia tersedar bahawa majlis itu telah disiarkan secara langsung! Waktu sekarang sepatutnya awal pagi di China.

Kehangatan topik majlis perkahwinannya menenggelamkan semua topik hangat sebelum ini. Su Qianci membuka laman-laman web yang terkenal dan melihat semuanya menulis berkenaan majlis perkahwinannya. Satu perasaan puas yang tidak dapat digambarkan menyelubungi hatinya. Ketika itu juga, dia melihat satu tajuk, "Semua Orang Mengatakannya Gila Kerana Menanti Selama Empat Tahun Tanpa Mengetahui Su Qianci Ialah Pemenang Terbesar".

Artikel itu amat panjang dan menceritakan kisah hidup Su Qianci sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Su Qianci membacanya sehingga habis dan berasa takjub. Dia sangat hebat pada pandangan orang luar!

Su Qianci memajukan artikel itu ke akaunnya dan menaip: 'Semua penantian itu amat berbaloi [emoji hati]'

Pintu bilik itu tiba-tiba terbuka. Li Sicheng masuk dengan dipenuhi bau alkohol. Sebaik melihat isterinya bermain dengan telefon bimbit, Li Sicheng hanya ketawa kecil.

Chương tiếp theo