webnovel

Kau Tahu Berapa Lama Kau akan Dipenjarakan?

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Tubuh Yu Lili cedera di sana sini. Ketika mengelak tamparan itu, dia tersentuh lukanya dan membuatkan ia teramat sakit. Yu Lili memandang Xu Jing dan berkata sinis, "Nampaknya zombie sedang marah. Apa kamu nak buat, bunuh saya?"

Xu Jing kelihatan bertambah berang. Dia berpaling lalu mengambil stapler di atas mejanya sebelum melemparkannya ke muka Yu Lili.

Yu Lili mengangkat tangannya untuk menghalang stapler itu. Ia mengena tangannya dan amat menyakitkan. Tiba-tiba Xu Jing menghampirinya lalu menarik rambutnya.

"Ah!" Yu Lili berasa amat sakit. Dia cuba memandang Xu Jing dan berasa amat berang lalu menjerit, "Apa masalah kau! Tolong!!"

Pintu bilik pejabat Xu Jing tidak tertutup. Sebaik mendengar jeritan Yu Lili, pekerja-pekerja lain bergegas datang. Melihat pergaduhan itu, mereka terus menghampiri kedua-duanya dan cuba menarik mereka menjauhi satu sama lain.

Xu Jing memperlakukannya dengan semakin ganas, tetapi Yu Lili tidak mampu melawannya. Kesakitan yang dirasakannya membuatkan dia tunduk lalu melihat beberapa balutan telah dibasahi darah. "Perempuan tak guna!" Yu Lili mengetap giginya dengan berang. Kemudian dia mengambil stapler di atas karpet lalu melemparnya ke muka Xu Jing.

Puk!

Stapler itu mengenai dagu Xu Jing dengan bunyi yang perlahan. Xu Jing menjerit lalu memegang dagunya. Kemudian dia terus menangis sambil menjerit, "Yu Lili, kau perempuan bodoh! Kau rosakkan laptop baru aku dan pukul aku. Kau ingat kau cantik, jadi kau boleh buat semua pekerja lelaki menyebelahi kau?"

Semua yang berada di situ memandang satu sama lain sebaik mendengar kata-kata itu.

"Semua orang bantu saya dapatkan keadilan! Perempuan ini mahu curi laptop saya yang berharga 120,000 sedangkan saya ambil masa yang lama kumpul wang untuk belinya. Malah saya tunggu dua minggu untuk ia tiba dari Amerika. Saya belum sentuh dan sekarang dia sudah mencurinya! Dia beritahu saya tentang dilanggar kereta, memang bodoh! Jelas ia satu penipuan untuk curi laptop saya!"

Rakan-rakan sekerja Yu Lili yang mempunyai hubungan baik dengannya memandangnya. Salah seorang bertanya, "Yu Lili, betulkah?"

Yu Lili berasa amat marah. Kebencian jelas terpancar pada wajahnya yang cantik itu. Dia memandang Xu Jing dan bertanya, "Berapa kilo botox yang kau suntik pada muka kau? Bukan sahaja muka yang besar, malah tebal juga. Kalau tiada bedak, mungkin semua orang akan dapat lihat kawah bulan?"

Xu Jing amat benci orang bercakap tentang wajahnya. Malah Yu Lili menggunakan ayat-ayat yang sangat kejam dan membuatkan dia menggeletar kemarahan. Dia hampir memukul Yu Lili, tetapi tiba-tiba teringat sesuatu. Xu jing ketawa sinis dan berkata, "Kau tahu berapa lama kau akan dipenjarakan disebabkan mencuri 120,000 dolar? Rasanya beberapa tahun juga. Aku cuba beri kau peluang meminta maaf, tapi aku tak sangka kau sebodoh ini. Jadi jangan salahkan aku!"

"Apa yang kau nak?"

"Beri aku 120,000 tanpa sedikit pun kurang, atau aku akan jumpa kau di mahkamah. Jenayah sebegini cukup untuk buat kau menderita!" Xu Jing memandang Yu Lili dengan pandangan penuh dendam.

Yu Lili merasakan ia tidak masuk akal. Ketika dia cuba berkata sesuatu, seorang pengawal masuk ke bilik itu dan berkata, "Yu Lili, ada seseorang mahu berjumpa kamu."

Di belakang pengawal itu, seorang lelaki pertengahan umur berjalan masuk dengan membawa satu beg. Kemudian dia membuka beg itu dan mendedahkan sebuah laptop yang kelihatan telah rosak. Ia tidak lain tidak bukan ialah laptop mahal yang dibawa oleh Yu Lili tadi.

Chương tiếp theo