webnovel

Dua Bulan

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Li Sicheng mengerang kecil sambil berbisik, "Cuba buat ia lebih sedap lain kali."

Jing Sao hanya diam.

Li Sicheng melihat dokumen-dokumen yang dicampakkan oleh Tang Mengying dan mengimbas satu persatu dokumen itu. Kemudian matanya tertancap kepada satu dokumen.

"Keperluan Reka Bentuk Seni Bina LS"

Sebaik melihat tajuk it, satu cahaya seakan bersinar dari mata Li Sicheng.

Jing Sao telah berada bersama lelaki itu selama lebih tiga tahun, jadi dia segera menyedari perubahan Li Sicheng. "Kenapa?" Dia bergegas datang dan melihat dokumen yang dipegang Li Sicheng.

Bibir Li Sicheng menggerenyet sedikit, tetapi jelas menunjukkan kegembiraannya.

Dia merasakan kesakitan pada hujung bibirnya lalu mengelap darah yang masih mengalir. Matanya berubah dingin. Dia memandang Jing Sao yang berada berhampiran dan bertanya, "Kamu nak kembali ke balai polis?"

"Dah tentulah!" Jing Sao menaikkan anak matanya ke atas. "Kamu nak kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak kamu?"

"Dalam beberapa hari ini, saya mungkin terpaksa keluar lama sedikit. Kamu perlu melindungi saya."

"Apa pula kamu mahu lakukan kali ini?" Suara Jing Sao perlahan dan kedengaran amat bimbang. "Kamu tahu kan kamu dah banyak keluar sejak akhir-akhir ini. Saya rasa sangat takut!"

"Saya pernah cakap yang kita akan dapat lari paling lama dalam masa setengah tahun lagi." Suara Li Sicheng amat perlahan. Matanya tidak lari dari dokumen itu dan tangannya membelek satu persatu halamannya. "Masih ingat bila saya katakannya?"

"Dua minggu lalu."

"Jadi bermakna hanya tinggal lima bulan setengah sahaja lagi. Tapi sekarang dengan bantuan isteri saya, kita akan dapat keluar paling lambat dalam masa dua bulan."

Dua bulan, mungkin dia akan dapat menyambut hari jadi anak kembarnya. Riak wajah Li Sicheng menjadi lembut sebaik memikirkan perkara itu.

Mata Jing Sao bersinar. Dia amat teruja dan menggosok-gosok kedua tapak tangannya. "Betul?" Tetapi tiba-tiba wajahnya bertukar serius. "Kamu minta bantuan isteri kamu?"

"Ya."

"Kenapa kamu buat begitu? Kan kita dah janji…"

"Rahsia saya belum terbongkar," Li Sicheng segera menyampuk dan merenung Jing Sao dengan penuh makna. "Disebabkan saya dah berjanji dengan kamu, jadi saya akan berpegang pada janji. Tapi kamu kena tolong saya."

Jing Sao memandang Li Sicheng dengan sedikit keliru. "Betulkah?"

Li Sicheng tidak menghiraukannya dan kembali membelek dokumen itu. Kemudian dia berkata, "Pergi ke pintu."

"Okey…" Jing Sao menjeling Li Sicheng tetapi segera kembali mengawal pintu. Benar, jika ada sesiapa mengetahu rahsia mereka ini, keadaan akan menjadi teruk. Li Sicheng menghidupkan laptop itu dan jari-jemarinya terus menari di atas papan kekunci. Satu skrin hitam terbuka dan kelihatan titik-titik berwarna biru, putih dan merah terpapar padanya. Li Sicheng mengubah lokasinya ke Kanada dan membuka satu tetingkap kecil sementara.

*****

Su Qianci bertambah panik ketika fikirannya semakin buntu. Dia terbaring tidak berdaya di atas katilnya setelah mendengar segala perbualan dari tempat itu. Tangannya yang menggeletar masih memegang telefon bimbitnya dengan tiga nombor terpapar pada skrin. Kemudian dia memadam nombor itu dan mendail nombor Li Jinnan.

Panggilan itu segera dijawab. Suara Li Jinnan kedengaran segar. "Helo kakak ipar?"

Sebaik mendengar suara itu, Su Qianci terus merasakan dia menemui sokongan dan tidak dapat menahan dirinya daripada menangis. "Jinnan…"

Li Jinnan terus bangun dan mengerutkan dahinya. "Qianci, kenapa?"

Chương tiếp theo