webnovel

Encik L

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Baik!" Luo Zhan sudah terbiasa makan percuma di situ sejak beberapa tahun lalu. Selesai makan, Luo Zhan terus meminta diri. 

Li Jinnan sudah membeli rumah sendiri dan telah tinggal berasingan sejak dua tahun lalu. Tetapi hari ini dia pulang ke rumah lama untuk membawa beberapa dokumen kepada Su Qianci. Selepas mandi dan mengeringkan rambut, Su Qianci meneliti dokumen-dokumen itu di dalam biliknya. Fikirannya menerawang kepada peristiwa tadi dan dia berasa marah.

Perasaan disentuh pada punggungnya itu masih menghantui, tetapi dia langsung tidak dapat melihat wajah pelakunya! Lelaki miang itu… tak guna!

"Ah!"

Su Qianci berasa amat berang sehingga mencampakkan pen yang dipegangnya. Kemarahan membuak-buak dalam dadanya. Dia memutuskan untuk membuka komputer dan mendaftar masuk ke dalam media sosialnya. Sebaik membuka lamannya, dia melihat satu mesej daripada satu akaun tanpa gambar. Dia menekan mesej itu dan mendapati ia dihantar oleh L.

[L]: Bidaan Daerah Gu Du Ming, lusa jam 7 petang, Royal Hotel, mesti menang.

Tujuan, masa dan tempat dijelaskan dalam ayat yang ringkas. Su Qianci membaca mesej itu kemudian membelek mesej-mesej lama yang diterimanya.

[L]: Subbandar timur Kingstown, potensi bagus, boleh beli. 

[L]: Cuaca sejuk, pakai baju tebal.

[L]: GC dalam keadaan rumit, tapi asas mereka kuat dan boleh diambil.

[L]: Musim demam, awasi budak-budak itu.

[L]: Bidaan Fang Cun Tong Ling, jam 3 petang 17 haribulan, Xi Ling Fang, pasti menang.

...

Sejak lebih tiga tahun lalu, L sentiasa menghantar mesej kepadanya. Tetapi ia tidak kerap, hanya sekurang-kurangnya sekali sebulan. Ia biasanya berkenaan tips kehidupan atau kerja. Pada mulanya, Su Qianci tidak begitu kisah dengan L, tetapi setelah beberapa lama, dia merasakan dia agak bergantung kepada orang asing yang tidak pernah ditemuinya ini. 

Setiap kali Su Qianci membalas mesejnya, dia jarang mendapat balasan kembali. Jika L mungkin sedang dalam mood yang baik, L akan menjawab menggunakan emoji senyum.

L hanya akan menghantar beberapa patah perkataan setiap kali. Su Qianci menaip: Terima kasih, Encik L.

Tiada balasan. Su Qianci menunggu seketika sebelum menaip lagi: Kamu akan datang ke tempat itu lusa?

Su Qianci mengetap bibirnya. Entah kenapa dia bertanya sedangkan tahu L tidak akan menjawab?

Tetapi ketika Su Qianci mahu menutup akaun Weibonya itu, satu mesej tiba-tiba muncul:

[L]: Tidak.

Su Qianci agak terkejut dan terus membaca mesej itu.

Tanpa disangka, satu mesej lagi muncul:

[L]: Nak jumpa saya?

[Thousand of Su-words]: Ya!

[L]: Bila saya kembali ke China.

Su Qianci terkesima dan bertanya: Kamu tak ada di sini?

Oh Tuhan, bagaimana lelaki itu dapat banyak maklumat tentang Kingstown dari luar negara? Mustahil, bukan? Walau bagaimanapun, L sudah berhenti membalas. Su Qianci mengerutkan dahinya sambil memandang kotak perbualan itu. Adakah L berkata benar? Kalau ia memang benar, jadi L pasti sangat hebat. Tetapi jika ia tidak benar, kenapa pula L mahu membohonginya? Apa tujuan L?

Su Qianci memikirkan perkara itu buat seketika kemudian menghantar mesej kepada Luo Zhan: Kamu ada di situ?

[Z]: Kenapa

[Thousands of Su-words]: Bantu saya kenalpasti lokasi satu akaun.

[Z]: Okey

Su Qianci menghantar maklumat L dan Luo Zhan segera membalas: San Francisco, Amerika Syarikat.

[Thousands of Su-words]: Sebelum ni dia ada di mana?

[Z]: Bila?

[Thousands of Su-words]: Tiga atau empat tahun lalu.

[Z]: [Gambar]

Luo Zhan menghantar satu tangkap layar.

Chương tiếp theo