webnovel

Tekaan Tentang Keluarganya

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Su Qianci sedang tidur nyenyak dalam pelukan suaminya ketika dia tiba-tiba ketawa dalam tidur. Li Sicheng sedang mencari sedikit maklumat menggunakan telefon bimbitnya. Mendengar ketawa yang tiba-tiba itu, dia tidak dapat menahan dirinya daripada ketawa kecil.

Su Qianci terjaga. Dia membuka matanya lalu melihat Li Sicheng dan tersenyum lebar. Dia terus memeluk pinggang suaminya dan membenamkan wajahnya ke dada lelaki itu.

"Kamu mimpi apa?" Li Sicheng meletakkan telefonnya ke tepi dan bertanya. "Sampai ketawa sebegitu gembira?"

Su Qianci ketawa lagi. Dia berasa hangat di dalam pelukan suaminya. "Saya mimpi saya lahirkan anak kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan. Tapi kamu cuma suka dukung yang perempuan, jadi yang lelaki panjat kepala kamu dan berak, hahaha…"

Li Sicheng mencubit hidung isterinya dan berbisik, "Kalau macam tu saya akan geletek anu dia sebab nakal sangat." Tetapi setelah mengatakannya, entah kenapa dia berasa seolah-olah perkara itu mungkin akan menjadi kenyataan. Dia memandang perut Su Qianci dan meletakkan tangan di atasnya. "Macam tak percaya ia cuma baru sebulan lebih."

"Ya, masa macam lambat berlalu," kata Su Qianci sambil menyentuh perutnya. Ia masih mendatar dan sesiapa sahaja tidak akan perasan perubahan yang telah berlaku melainkan jika dilihat dengan amat teliti.

"Bila trimester pertama akan berlalu? Seksanya…"

Su Qianci berasa malu dan menumbuk suaminya perlahan. "Tak bolehkah kamu fikir perkara lain?"

Li Sicheng senyum dan menarik tangan Su Qianci. Kemudian dia meletakkan kakinya di atas kaki isterinya dan berkata dengan suaranya yang dalam sambil tersenyum kecil, "Dah tentu. Saya akan ada dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Kemudian saya akan latih anak-anak lelaki untuk melindungi anak perempuan kita."

"Kamu betul-betul lagi suka anak perempuan?"

"Saya suka apa sahaja yang kamu lahirkan."

"Macam mana kalau kena pilih antara lelaki atau perempuan?"

"Perempuan," jawab Li Sicheng tanpa teragak-agak. "Dia mesti akan jadi macam kamu."

"Tapi saya nak anak lelaki macam kamu."

"Kalau macam tu, dua anak lelaki."

"Negara kita ada undang-undang perancangan keluarga!"

"Saya boleh bayar denda. Sedikit pun tak takut."

Su Qianci ketawa. Inilah yang dinamakan hidup selamba kerana kaya.

"Kamu tak penatkah lepas berjalan banyak dan pandu kereta dengan lama?"

"Tak. Oh ya, kami dah dapat maklumat tentang Rong Xuan." Kemudian Li Sicheng menceritakan kesemua yang diberitahu Luo Zhan. Su Qianci berasa amat terkejut mendengarnya.

"Yang Rongxuan?"

"Ya, sebab itulah Ayah Song tak jumpa dia setelah bertahun-tahun mencari. Bukan disebabkan dia sudah mati, tetapi dia telah menukar identiti… dan… dia adalah isteri Rong Haiyue. Ayah Song dan Sheng Ximing tak mungkin mampu korek maklumat tentang seseorang yang berada bersama Rong Haiyue."

Mata Su Qianci terbeliak. "Tak mungkin. Isteri Rong Haiyue ialah Rong Xuan?"

"Sebenarnya tak pasti lagi hubungan mereka sebenar. Hari keenam Tahun Baru nanti, saya akan bawa kamu ke ibu kota untuk berterima kasih kepada dia dan mungkin kita boleh… tanya dia beberapa soalan?"

Su Qianci sudah lama teringin mahu melawat Rong Haiyue dan berterima kasih kepadanya. Lagipun lelaki itu telah menyelamatkan nyawanya. Walau bagaimanapun, perkara yang baru didengarnya seolah-olah seperti sebuah bom yang digugurkan ke atasnya. Song Yifan bukan ayah kandungnya manakala Rong Haiyue adalah suami Rong Xuan, jadi mungkinkah…

"Jangan fikir sangat," Li Sicheng meletakkan tangannya di atas muka Su Qianci. "Kemungkinannya terlalu tipis. Tak mungkin Rong Haiyue akan membiarkan sahaja darah dagingnya. Sekarang tidur."

Su Qianci memuncungkan bibirnya. "Macam mana kamu tahu apa yang saya fikir?"

"Sebab saya pun ada terfikir. Tapi kemungkinan itu sangat tipis, jadi kita tak patut fikirkannya buat masa ni. Sekarang jadi budak baik dan tidur."

Chương tiếp theo