webnovel

Kita Pengantin Lama. Tak Perlu Malu

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Li Sicheng membantu isterinya memakai baju dan berbisik, "Dulu kamu selalu malu-malu bila saya pandang kamu. Sekarang kamu dah boleh tukar pakaian di hadapan saya. Angkat tangan."

Pipi Su Qianci bertukar kemerahan ketika dia mengangkat tangannya. Kemudian dia tersenyum dan berkata, "Kita pengantin lama. Tak perlu malu."

Li Sicheng membetulkan baju Su Qianci dan menarik zipnya. Dia tersenyum mendengar perkataan pengantin lama. Selesai memakai baju, Su Qianci mengambil sepasang stoking. Dia menyedari Li Sicheng merenungnya ketika sedang memakai stoking itu. Pipinya kembali kemerahan lalu dia melempar baju tidurnya ke arah Li Sicheng sambil berkata, "Jangan tenung begitu!"

"Kamu baru cakap kita pengantin lama," kata Li Sicheng lalu memicit hidung isterinya. "Cepat betul berubah!"

Su Qianci memalingkan mukanya lalu menyarung stoking itu kemudian memakai jaket. Li Sicheng menarik tangannya dan berkata, "Ibu sedang tunggu kamu. Jom."

Qin Shuhua sedang duduk di ruang tam sambil berbual bersama Li Xiao dan Li Beixing. Li Jinnan masih tidur. Sebaik melihat Su Qianci, Qin Shuhua terus berdiri dan berkata, "Mari, Qianci. Ibu nak kenalkan saudara-mara kepada kamu." Keluarga Li mempunyai ramai saudara.

Selepas mengelilingi kawasan kejiranan mereka, Su Qianci telah diperkenalkan dengan ramai saudara-mara dan mendapat banyak angpau. Li Sicheng turut memandu keretanya untuk membawa mereka ke rumah saudara yang tinggal agak jauh. Selepas seharian berziarah, Su Qianci berasa terpegun dengan semangat saudara-mara mereka itu. Dia telah dijamu dengan pelbagai jenis dimsum dan teh. Mereka langsung tidak menjamah makanan berat pada hari itu. Apabila mereka akhirnya pulang ke rumah, Su Qianci hampir pengsan. Selepas tidur nyenyak pada malam itu, Su Qianci dikejutkan daripada tidur oleh Li Sicheng pada keesokan paginya.

Mengikut adat, dia sepatutnya menziarahi keluarganya pada hari ini yang bermaksud dia perlu pergi ke rumah keluarga Su. Disebabkan dia sudah lama tidak bercakap dengan keluarga itu, dia berasa tidak gembira untuk meluangkan hari itu bersama mereka. Su Qianci memberitahu perkara itu kepada Li Sicheng dan lelaki itu menjawab ringkas, "Jadi kita tak perlu pergi."

"Oh… Bolehkah?"

"Dah tentu boleh. Nanti saya beritahu mereka. Lagipun kamu ada keluarga lain," kata Li Sicheng lalu menciumnya. "Hari ini kita akan ke Kota Dan."

Su Qianci berasa sangat gembira. Dia mengangguk sambil tersenyum lalu memeluk leher Li Sicheng. "Hebat!"

Melihat isterinya begitu gembira, Li Sicheng berbisik, "Cium saya."

"Tak nak."

"Kalau macam tu biar saya cium kamu." Li Sicheng terus mencium bibir Su Qianci dan memasukkan lidahnya ke dalam mulut isterinya. Su Qianci menutup mata dan membiarkannya. Dia mengemaskan pelukannya pada leher suaminya.

Li Sicheng menelefon keluarga Su dan memberitahu mereka tidak akan datang melawat. Kemudian dia memandu keretanya ke Kota Dan bersama Su Qianci.

Kebiasaannya, Su Qianci tidak pernah berasa mual atau mabuk di dalam kereta. Walau bagaimanapun, pada kali ini dia muntah beberapa kali sepanjang tiga jam perjalanan mereka. Apabila mereka tiba di Kota Dan, mereka mendapati jalannya bersimpang-siur dan mengelirukan. Selepas mencari agak lama menggunakan alamat yang diberi oleh Song Yifan, akhirnya Li Sicheng berjaya menemui tempat itu. Tetapi jalannya amat sempit sehingga mustahil untuk dilalui oleh kereta. Setelah berjaya meletakkan kereta di sebuah tempat letak kereta bawah tanah, Li Sicheng membawa Su Qianci mencari rumah bapa mentuanya.

Walau bagaimanapun, mereka terserempak dengan seseorang yang langsung tidak dijangka.

Chương tiếp theo