webnovel

Marah dan Geli Hati

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Li Sicheng berasa marah bercampur geli hati pada masa yang sama. Dia merenung isterinya dan berkata dengan suara yang dalam, "Doktor dari hospital mana?"

Tangisan Su Qianci semakin perlahan dan akhirnya berhenti.

"Kamu mesti dah pergi ke hospital gila." Li Sicheng mengetap giginya dan mengetuk kepala Su Qianci perlahan. "Macam mana kamu boleh sebegini bodoh? Apa yang kamu fikirkan? Ada seseorang curah air ke dalam kepala kamu sewaktu kamu kecil?"

Su Qianci berasa sentap dan kembali menangis. Dia memukul bahu Li Sicheng dan menjerit, "Kamu yang bodoh! Kamu yang ada air di dalam kepala kamu!"

Li Sicheng yang berasa sangat geli hati menangkap tangan Su Qianci dan menolaknya hingga terbaring. Walaupun wajah isterinya dipenuhi air mata dan hingus, dia tetap menciumnya dengan rakus.

Ciuman yang tiba-tiba itu membuatkan Su Qianci bergelut dengan kuat. Dia memukul Li Sicheng dengan marah, "Ap…" Dia baru sahaja memberitahu dia dijangkiti AIDS. Kenapa lelaki ini menciumnya? Kenapa Li Sicheng masih melakukannya? Dia tidak tahukah AIDS boleh berjangkit? Su Qianci berasa marah dan sedih pada masa yang sama. Perasaan yang teruk itu membuatkan air matanya tidak henti mengalir. Dia tidak mahu mati lagi! Lebih penting lagi, dia tidak mahu Li Sicheng turut dijangkiti dan mati bersamanya.

Walau bagaimanapun, pergelutannya hanya sia-sia sahaja. Li Sicheng membuatkannya hampir sesak nafas. Mulut lelaki itu turun ke bawah dan menggigit lehernya.

Su Qianci menjerit, "Li Sicheng, kamu penyumbaleweng. Jangan sentuh saya. Jangan gigit saya."

"Kamulah penyumbaleweng kecil dan tidak bijak."

Li Sicheng menggigit lehernya dengan lebih kuat dan membuatkan Su Qianci berteriak, "Aduh!"

"Sakit?" Li Sicheng tidak sampai hati untuk menyakiti isterinya lalu mencium bibirnya. Kemudian dia memegang wajah Su Qianci dan menariknya supaya memandang ke arahnya. "Macam manalah seorang yang sebijak saya boleh jatuh cinta kepada si bodoh seperti kamu?"

Su Qianci berasa terhina dan merenung Li Sicheng.

Lelaki ini mengatakannya bodoh?

"Kamu tak setuju?" Li Sicheng kecewa dan geli hati pada masa yang sama. Dia mengetap giginya lalu berkata, "Jadi lain kali gunakan otak kamu. Kamu fikir kamu dah dirogol oleh lelaki yang ada AIDS itu?"

Su Qianci mencebikkan bibirnya. Dia hampir tidak dapat bernafas kerana tidak henti menangis.

"Lelaki itu memang dah telan pil. Tapi ketika saya sampai, pil itu belum berkesan lagi. Dia hanya mula ghairah selepas saya pukul perempuan tua itu."

Su Qianci memandangnya dengan tidak percaya. "Kamu pukul perempuan!"

Li Sicheng diam seketika dan menjeling Su Qianci dengan kecewa sebelum berkata, "Dalam situasi sebegitu, saya dikira baik hati kerana tak bunuh dia."

"Kemudian?"

"Kemudian pil itu mula menunjukkan kesan, jadi saya berikan perempuan tua itu kepada lelaki yang dipanggil Monyet itu."

Mata Su Qianci terbeliak luas. Dia mahu berkata sesuatu tetapi terhalang kerana masih menangis tersedu-sedu. Pada mulanya Li Sicheng mahu memberikan isterinya pengajaran, tetapi sebaik melihat wajah yang diselubungi air mata itu, dia tidak sampai hati untuk melakukannya. Dia bangun dan mengelap air mata Su Qianci dengan tisu. Kemudian dia bertanya, "Kamu tahu bagaimana khinzir mati?"

Su Qianci berasa marah dan menumbuknya perlahan.

Li Sicheng mendekatkan wajahnya dan berbisik, "Kamu marah?"

Su Qianci memalingkan mukanya dan cuba mengingat kembali.

Li Sicheng ketawa. "Kamu tak tahu sama ada seseorang dah sentuh kamu atau tidak?"

Su Qianci yang masih tersedu berasa kecewa dan cuba mengelak pandangan mata Li Sicheng.

Chương tiếp theo