webnovel

Saya Terlalu Rindukan Kamu

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Selepas mengutip barang-barang itu dan meletakkan kesemuanya kembali ke dalam beg tangan, Su Qianci berdiri. Dia memandang sekilas lelaki yang berada sangat hampir di belakangnya. Bau dan wajah itu sangat dikenalinya…

Li Sicheng menolak Su Qianci ke dinding. Matanya sangat gelap dan dalam seolah-olah hampir menelan Su Qianci. Sebaik sahaja memandang tepat ke wajah Li Sicheng, Su Qianci teresak-esak.

"Rasa bersalah?" Suara Li Sicheng kedengaran dalam seperti bunyi selo.

Su Qianci mengetap bibir lalu memalingkan mukanya sambil cuba menolak Li Sicheng menjauhinya. Walau bagaimanapun, lelaki itu langsung tidak berganjak. Dia merenung Su Qianci dengan lebih tajam lalu menolaknya semakin rapat ke dinding dan berkata perlahan, "Apa yang kamu takutkan? Cuba beritahu saya…" Su Qianci tidak menjawab tetapi air mata mula berguguran jatuh ke pipinya.

Pandangan Li Sicheng bertukar lembut ketika dia memegang tangan Su Qianci dan mengambil kunci di tangannya. "Jom masuk ke dalam. Sejuk di sini."

"Saya tak nak masuk," kata Su Qianci tegas sambil teresak-esak. "Kalau kamu nak cakap apa-apa, cakap di sini."

"Saya bantu kamu pindahkan kembali barang-barang ke rumah kita."

"Inilah rumah saya. Encik Li, tolong pergi. Saya tak akan ikut kamu."

Li Sicheng mengecilkan matanya dengan pandangan yang kelihatan berbahaya. Namun dia cuba bersabar dan berkata, "Jangan jadi macam budak-budak. Kamu tak boleh selalu ganggu Ayah Song."

"Ayah pergi London."

"Kalau macam itu, saya akan tinggal di sini untuk temankan kamu hari ini."

Su Qianci menolak suaminya dan menggeleng. "Tak mahu!"

Li Sicheng memaut pinggang Su Qianci sambil merenungnya dan berkata, "Kenapa ini? Kamu takut saya marah? Atau kamu takut saya akan pukul Lu Yihan?"

Su Qianci terus menggelengkan kepalanya dengan masih teresak-esak.

"Saya tak kisah kamu berkawan asalkan kamu tahu jaga batas." Li Sicheng menghampirinya sambil berkata. "Lu Yihan kawan baik kamu dan saya bertindak terlalu melulu hari itu. Selepas saya tahu apa yang berlaku, saya sangat berterima kasih kepada dia. Kalau ada peluang, kamu bawa saya jumpa dia untuk berterima kasih dan minta maaf. Bagaimana, boleh?"

Walaupun Li Sicheng tidak suka melihat mereka bersama, Lu Yihan masih orang yang telah menyelamatkan nyawa isterinya. Jadi dia perlu meminta maaf dan berterima kasih. Pandangan matanya lembut ketika dia berbisik perlahan, "Kamu tahu, saya terlalu rindukan kamu."

Hati Su Qianci bergetar mendengar kata-kata itu dan ia terasa pedih bagai ditikam. Li Sicheng mengatakan dia merinduinya. Dia benar-benar mengatakannya. Tetapi, hakikatnya suaminya pergi 'trip perniagaan' bersama Tang Mengying selama seminggu. Sekarang apabila dia kembali dari 'trip' itu, dia mengatakan dia merinduinya? Mungkin lelaki ini merinduinya kerana tubuh Tang Mengying bukan lagi dalam kondisi yang baik untuk dia membuat 'trip perniagaan'? Su Qianci tidak mampu menahan perasaannya lagi lalu menangis dengan kuat. Dia terus menolak Li Sicheng dan menampar lelaki itu.

Pang!

Li Sicheng terpinga-pinga dan memandang Su Qianci dengan terkejut.

Apabila Su Qianci cuba menamparnya sekali lagi, mata Li Sicheng berubah gelap dan dia memegang tangan isterinya itu sambil berkata, "Kenapa kamu ini?" Sejak kecil, dia merupakan seorang yang berjaya. Pada usia 26 tahun, dia hanya pernah ditampar oleh seorang wanita sebanyak dua kali.

Bahu Su Qianci bergetar dan dia bersandar pada dinding. Dia memandang Li Sicheng sambil menangis, "Kenapa, kenapa kamu perlu buat saya seperti ini…"

Li Sicheng berasa keliru dan memandang Su Qianci dengan mata yang dingin. "Su Qianci!" Dia yang ditampar, tetapi Su Qianci yang menangis?

Walau bagaimanapun, Su Qianci tiba-tiba membuka butang jaketnya perlahan-lahan. Dia hanya memakai baju tanpa lengan di dalam. Sebaik sahaja jaket itu ditanggalkan, kulitnya yang putih sangat menggoda Li Sicheng. Kemudian, Su Qianci mengangkat baju tanpa lengan itu.

Li Sicheng yang terkejut cepat-cepat menahan tangannya dan berkata, "Kamu dah gila? Kita ada di luar."

Su Qianci tersenyum dengan wajah yang sedih dan berkata perlahan, "Bukankah ini yang kamu mahu? Saya akan berikannya kepada kamu."

Chương tiếp theo