webnovel

Satu Lagi Ujian DNA

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Tang Mengying mencampakkan keputusan ujian itu seolah-olah terpegang sesuatu yang panas dan menjerit, "Li Sicheng, apa maksud kamu?" Suaranya sangat kuat dan membingitkan telinga. Li Xiao dan Li Beixing tidak menyangka Tang Mengying akan menjadi sangat beremosi. Dia berkata dengan marah, "Kamu boleh tolak saya. Tapi kenapa kamu perlu ingat saya menipu? Saya ini langsung tak bernilai di mata kamu?"

Li Sicheng hanya berdiri tanpa menunjukkan sebarang perasaan. Cheng You yang berada di belakangnya mencebikkan bibir dengan puas hati.

Dah tentu!

Cheng You sudah melihat sendiri perangai sebenar Tang Mengying sewaktu di Australia. Jika perempuan itu tiada maruah diri, sudah tentu tiada apa yang dapat menghalang kehendaknya.

"Kita akan dapat pastikannya dengan satu lagi ujian," kata Li Xiao dengan serius. Kedua-dua laporan ada nama Ayah, tapi keputusannya sangat berbeza. Boleh kamu jelaskan pada saya, Cik Tang, yang mana keputusan sebenar?"

Wajah Tang Mengying berubah pucat dan dia kehilangan kata-kata. Ketika itu, seorang jururawat menghampiri mereka. Melihat ramai berada di situ, dia kelihatan gementar dan berkata perlahan, "Cik Cheng You…"

Cheng You mendengar panggilan itu dan berpaling ke arahnya. Jururawat itu kelihatan risau dan dia memberitahu, "Cecair amnion yang diambil daripada Puan Tang dah hilang. Saya tak dapat temuinya. Sampel DNA Encik Li Xiao juga…"

Semua di situ terkejut sebaik mendengar berita itu. Hanya Tang Mengying yang kelihatan sangat lega.

Li Sicheng berpaling dan merenung Tang Mengying dengan tajam. Dia berharap dapat menghancurkan perempuan itu di situ juga.

Tang Mengying menggigil ketakutan dan berundur. Pada masa yang sama, seorang doktor yang memakai kot putih dan kaca mata bingkai lalu di sebelah Tang Mengying dan sempat memandang sekilas ke arah mereka sebelum berjalan pergi.

"Jadi kita patut ambil sampel lagi!" suara Li Sicheng kedengaran dingin.

Doktor itu memandang ke belakang dan merenung Li Sicheng dengan dingin. Li Sicheng menyedari renungan itu dan menoleh ke arahnya. Walau bagaimanapun, dia tidak sempat melihat wajah doktor itu yang terus hilang di hujung koridor.

Mendengar kata-kata Li Sicheng, wajah Tang Mengying semakin pucat dan dia menjerit, "Jangan!"

"Kamu tak berani, kan?"

"Tak, jangan!" Tang Mengying menjerit seperti orang gila. "Kita tak boleh lakukannya!"

Jika dia lakukannya lagi, pembohongannya pasti terbongkar. Dia perlu menjaga maruahnya dan maruah keluarga Tang. Berita dia mengandung sudah tersebar ke seluruh Kingstown. Jika keputusan menunjukkan kandungannya bukan anak Li Sicheng, jadi…

Tak boleh!

Jururawat itu berkata lagi, "Janin ini berusia kurang dari empat bulan sahaja. Satu amniosentesis dah sangat berisiko. Jika kita lakukannya sekali lagi, kemungkinan kandungan ini akan gugur."

Mendengar kata-kata itu, Tang Mengying berasa lega. Tetapi tiba-tiba perutnya terasa sakit. Wajahnya bertukar pucat ketika dia memegang perutnya dan membongkok.

Jururawat itu terkejut dan segera memaut lengan Tang Mengying. "Sesiapa tolong bawakan kerusi roda ke sini!"

Tiada sesiapa menyedari di hujung koridor itu, doktor yang lalu di sebelah mereka tadi sedang bersandar pada dinding dengan riak wajah tanpa perasaan.

Chương tiếp theo