webnovel

Rakaman dari Luar Negara

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Cheng You bergegas datang sambil membawa tablet di tangannya. "Encik Li," panggil Cheng You sebelum dia mengangguk kepada orang-orang yang baru pertama kali dijumpainya dengan sedikit gementar. Melihat pelbagai jenis pingat penghargaan tentera di dalam bilik kerja itu, Cheng You tidak dapat mengelak daripada teruja.

"Jangan gementar," kata Li Sicheng perlahan. "Bagi saya tengok."

Cheng You berasa agak malu dan menyerahkan tablet itu kepada Li Sicheng. Walau bagaimanapun, pandangannya tertangkap kepada satu-satunya kawannya selain Li Sicheng. Tang Mengying memang mengandung. Ia jelas kelihatan. Tang Mengying melihat ke arah Cheng You dengan matanya yang bengkak dan kelihatan tidak senang duduk. Cheng You merenung tajam Tang Mengying dengan penuh kebencian. Dia tahu segala kebenarannya. Selepas Li Sicheng pergi pada malam itu di Australia, dia dihalau pergi oleh Tang Mengying. Walau bagaimanapun, dia tidak sampai hati meninggalkan seorang wanita yang mabuk seorang diri dan kembali. Apabila dia tiba di bilik Tang Mengying, pintu itu sudah tertutup. Dia mengetuk pintu itu malah cuba mendengar melaluinya dan apa yang didengarinya ialah bunyi dua orang sedang melakukan seks.

Disebabkan pintu bilik hotel itu kalis bunyi, Cheng You hanya mendengar Tang Mengying memanggil Abang Sicheng… Reaksi pertamanya adalah mungkin Li Sicheng telah datang kembali. Kemudian Cheng You menelefon Li Sicheng dan mendapati lelaki itu berada di lapangan terbang. Keesokan paginya, Cheng You bangun awal dan mahu mengejutkan Tang Mengying. Ketika itu, dia ternampak seorang lelaki Kaukasia berambut perang tergesa-gesa keluar dari bilik Tang Mengying sambil menarik zip seluarnya. Lelaki itu jelas sekali bukan Li Sicheng. Sekarang Tan Mengying mahu menyalahkan Li Sicheng atas kandungannya? Wanita itu seolah-olah menyangka Cheng You tidak wujud. 

Li Sicheng menjumpai video yang dicarinya dan meletakkan tablet itu pada kedudukan skrinnya dapat dilihat oleh semua orang. Pada skrin itu, terpampang satu video rakaman cctv yang jelas menunjukkan tiga pintu bilik hotel dan wajah Li Sicheng. Li Sicheng berjalan ke salah satu pintu dan mengetuknya sebelum Tang Mengying membukanya dari dalam.

Tang Zhenghao melihat anaknya menerkam Li Sicheng dan berasa teramat malu. Anaknya berpakaian sangat seksi sehingga Tang Zhenghao sendiri merasakan ia tidak senonoh. Sudah tentu Li Sicheng akan tidur dengannya. Walau bagaimanapun, Tang Zhenghao terkejut apabila melihat Li Sicheng menolak anaknya dengan wajah yang tegang. Lebih memalukannya lagi, Tang Mengying menangis dan merayu, sambil memaut Li Sicheng dan menggosokkan buah dadanya kepada Li Sicheng dengan begitu lucah sekali. Sebagai lelaki, siapa yang mampu bertenang dengan godaan sebegitu? Sungguh memalukan keluarga!

Tang Zhenghao berpaling dan melemparkan pandangan tajam kepada Tang Mengying. Dengan tubuh yang terketar-ketar, Tang Mengying bersembunyi di belakang Puan Tang. Li Sicheng merenung skrin tablet itu dengan dingin sambil menjeling sekilas ke arah Tang Mengying.

Wajah Tang Mengying berubah pucat dan dia mengetap giginya. "Saya… saya mabuk waktu itu. Tapi anak ini memang anak kamu."

Dia yakin lelaki malam itu adalah Li Sicheng! Tidak mungkin bayi itu milik orang lain. Tidak mungkin.

Wajah Cheng You kelihatan penuh kebencian.

Perempuan ini perlu ditunjukkan bukti, jika tidak dia tidak akan berputus asa. Namun, Cheng You tidak mahu menghina Tang Mengying secara terang-terangan di hadapan keluarga Tang. Video itu kini menunjukkan Li Sicheng terus digoda oleh Tang Mengying manakala Cheng You kebingungan. Walau bagaimanapun, Li Sicheng terus ditarik ke dalam bilik itu. Kemudian, tablet itu terpadam…

Chương tiếp theo