webnovel
avataravatar

Hanya Bernafsu dengan Kamu

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Kakinya telah dikunci oleh kaki Li Sicheng. Walaupun memakai baju yang berlapis, Su Qianci masih dapat merasakan badan berketul lelaki itu. Nafas lelaki itu terasa hangat pada wajahnya. Su Qianci langsung tidak dapat bergerak; tangannya ditahan ke bawah dan bibirnya terlindung. Li Sicheng memasukkan lidahnya ke dalam mulut Su Qianci lalu terus menciumnya dengan kasar, seolah-olah sedang memberi hukuman. Ciumannya sangat agresif sehingga membuatkan nafas Su Qianci semakin kencang dan pergelutannya semakin lemah. Su Qianci kemudiannya merasakan dirinya tidak dapat melihat apa-apa lagi.

Seolah-olah lelaki itu adalah satu-satunya yang ada di dunia.

Selepas beberapa minit yang terasa sungguh lama, Su Qianci mula berasa pening. Li Sicheng melepaskannya, lalu angin yang segar menyapa wajahnya dan menyedarkannya kembali. Su Qianci termengah-mengah, dia tidak pernah mengalami sesak nafas sebegitu. Jantungnya berdegup teramat laju sehingga membuatkan dia berasa seperti hampir gila.

Li Sicheng turut termengah-mengah. Dia masih memegang tangan Su Qianci dengan erat sambil memandangnya. Wajah isterinya itu amat cantik, dengan kulit yang lembut dan sedikit merah jambu. Matanya sedikit berair dan tidak fokus. Sungguh menawan!

Sambil terus menahan tubuh Su Qianci pada pasir itu, Li Sicheng berkata dengan suara perlahan, "Kalau lelaki lain mahu lakukan ini kepada kamu, kamu akan benarkan?"

Su Qianci berasa terhina lalu cuba menarik tangannya. Walau bagaimanapun, ia masih dipegang erat oleh Li Sicheng dan tidak mampu digerakkan. Su Qianci merenung mata yang penuh nafsu itu, lalu berkata sinis, "Macam mana dengan kamu? Kamu boleh bernafsu dengan mana-mana saja perempuan yang ada di depan kamu, bukan?"

Mata Li Sicheng mengecil ketika dia menghampiri isterinya itu dan berbisik, "Malangnya, saya hanya bernafsu dengan kamu."

"Macam mana dengan Tang Mengying?" Su Qianci terluah tanpa sengaja. Namun sebaik mendengar suaranya sendiri, Su Qianci berasa seperti mahu menggigit bibirnya. Itu terlalu kedengaran seperti seorang isteri yang cemburu. Dia tidak berniat untuk meluahkannya…

Walaupun dia memang berasa jengkel terhadap Tang Mengying, tetapi dia tidak cemburu. Langsung tidak. Su Qianci cuba menipu dirinya sendiri. Melihat wajah penyesalan isterinya, Li Sicheng tersenyum kecil. Su Qianci yang terpandang senyuman itu hampir menyangka dia tersalah lihat.

"Kalau saya ada apa-apa perasaan terhadap dia, kamu tak akan jadi isteri saya."

"Atuk…"

"Kalau saya tak mahu, siapa yang boleh paksa?"

Jantung Su Qianci seakan terhenti seketika. Lelaki itu sedang memberi penjelasan kepadanya? Tetapi, bagaimana dengan panggilan dari Australia itu…

Su Qianci menggigit bibirnya, lalu merenung Li Sicheng dan bertanya, "Saya nampak kamu cium dia, di kolam rumah lama."

Kolam?

Matanya berubah gelap. "Kamu nampak?"

"Ya, jadi kamu tak perlu tipu lagi, saya…"

"Kenapa saya nak tipu kamu?" Li Sicheng memotong kata-katanya. "Memang dia cium saya waktu itu, tapi kemudiannya saya terus tolak dia."

"Saya tak pernah sukakakan Tang Mengying. Tak pernah, dan tak akan."

Kata-kata yang tegas itu membuatkan Su Qianci terkedu.

Nalurinya mengatakan suaminya itu sedang berbohong.

Tetapi, kenapa pula dia perlu berbohong?

Li Sicheng seorang yang sangat tinggi maruah dirinya, dan lelaki itu tidak mungkin sudi untuk berbohong demi menjaga hatinya. Bukan begitu?

Hati Su Qianci mula keliru…

Chương tiếp theo