webnovel
avataravatar

Terbongkar Di Khalayak Ramai (2)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Su Qianci semakin terkejut.

"Tetapi saya rasa sulaman ini adalah hasil kerja tukang jahit di Old Kingstown Qipao. Lihat, ada sedikit lengkungan di hujungnya, ini adalah teknik unik yang sering dibuat oleh Encik Ai."

Senyuman Tang Mengying pudar. Puan Tang memukul tangan Su Qianci dan berkata, "Kamu hanya bercakap besar sepanjang hari. Jika kamu mahu memuji Mengying, katakan sahaja. Tekniknya sangat hebat, dan jauh lebih baik dari kamu."

Puan Li turut berasa sedikit kecewa. Dia memandang Su Qianci dengan dingin dan berkata, "Apa kamu tahu? Kamu mesti jarang melihat baju qipao, dan sekarang kamu bercakap mengenai sulaman. Jangan membuatkan diri sendiri kelihatan bodoh."

Mendengar kata-kata itu, Tang Mengying kelihatan begitu senang hati. Walaupun dia tidak tahu bagaimana gadis bodoh itu tahu perkara sebenar, tiada siapa pun yang akan mempercayai kata-kata Su Qianci.

Seperti yang dijangkakan, semua tetamu itu mula menyalahkan Su Qianci. Puan Mo berkata, "Mengying berusaha keras bagi membuat qipao untuk ibu mertua kamu. Tidak elok kamu berkata begitu, kamu tidak fikirkah?"

"Jika kamu bagus sangat, buatlah hadiah hasil tangan sendiri juga. Tetapi jangan sabotaj orang lain. Ia sangat memalukan."

"Saya hairan mengapa ibu mertua kamu tidak menyukai kamu. Sekarang saya sudah tahu. Jika saya ada menantu perempuan seperti kamu, saya pun tidak akan menyukainya juga."

"Jangan berkata begitu." Tang Mengying berpura-pura menunjukkan wajah belas kasihan.

"Qianci tidak bermaksud begitu. Mungkin dia tersilap."

"Tersilap?" Suara Puan Tang sangat nyaring, "Bagaimana dia boleh berkata begitu jika dia tersilap? Jika apa yang dikatakannya benar, apa yang dia mahukan?"

Su Qianci menjeling Puan Tang dengan dingin dan berkata, "Puan Tang, Ini sememangnya teknik jahitan Encik Ai, saya ada bukti."

Puan Tang ketawa kecil dan menyilangkan tangannya. "Saya ingat keluarga Su membawa kamu balik dan menghabiskan masa selama dua tahun untuk memberi pelajaran kepada kamu. Tetapi sekarang saya tahu sampah yang berasal dari longkang memang tidak boleh diajar."

Perkataannya sangat kejam. Semua di situ terdiam. Mereka saling berpandangan dan merasakan keadaan di situ menjadi amat janggal. Kata-katanya sangat teruk yang menyebabkan semua orang memandang ke arah Su Qianci.

Su Qianci menundukkan wajah sambil menggenggam tangannya. Semua orang menyangka Su Qianci akan marah. Tiada orang yang mampu dihina seteruk itu. Tambahan pula, Su Qianci sangat terkenal dengan sikapnya yang panas baran. Walaubagaimanapun, dia berjaya mengawal dirinya.

Su Qianci melihat ke arah Puan Tang dengan dingin dan berkata, "Betul, sampah dari longkang tidak boleh berubah. Sama juga apabila pencuri yang licik menjadi orang kaya, saya pasti anaknya akan mencuri juga."

Mendengar perkataan tersebut, wajah Puan Tang terus berubah.

Semasa kecil, dia pernah ditangkap kerana mencuri. Walaubagaimanapun, selepas dia berkahwin dengan ayah Tang Mengying, kisah itu sepatutnya telah dikuburkan. Bagaimana gadis bodoh ini boleh tahu tentangnya? Tanpa sedar, dia melihat ke arah wanita-wanita lain di situ yang terpinga-pinga. Jelas sekali, tiada sesiapa faham apa yang Su Qianci katakan.

Sambil menahan perasaan terkejut dan marahnya, Puan Tang mengelak bertentangan mata dengan Su Qianci dan berkata, "Apa maksud kamu?"

"Saya ada bukti bahawa ini adalah pakaian yang telah dijahit oleh Encik Ai di Old Kingstown Qipao, bukannya Tang Mengying," Su Qianci berkata jelas, perkataan demi perkataan.

Tang Mengying kelihatan kecewa dan berkata, "Su Qianci, mengapa kamu berkata begitu? Saya tahu kamu tidak suka makcik lebih menyukai saya. Walaubagaimanapun, tolong jangan reka cerita".

Chương tiếp theo