webnovel

Anak Tidak Sah Taraf

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Walaubagaimanapun, Li Sicheng tidak memandang langsung ke arah Tang Menying. Dia cepat-cepat memalingkan mukanya dan berkata dengan dingin, "Awak pergi dahulu. Ini bilik suami isteri."

Walaupun Li Sicheng masih dingin, sikapnya terhadap Tang Mengying jauh lebih baik berbanding sikapnya terhadap Su Qianci.

Tang Mengying merasa teruja. Adakah dia cuba menjaga perempuan itu dan membersihkan namanya? Dengan perasaan amat gembira, dia menjawab ringkas "ya" dengan patuh sebelum keluar perlahan-lahan.

Rambut pendek dan kerinting Li Sicheng masih basah. Dia menjeling ke arah Su Qianci. Matanya suram dan dingin tanpa menunjukkan sebarang perasaan. Dengan pantas, dia berpatah kembali ke bilik itu.

Su Qianci berdiri di hadapan pintu sambil melihat kepingan kaca di atas lantai. Kuku jarinya mencengkam lengannya.

Tang Mengying, Li Sicheng.. Aku akan membalas dendam kepada kamu berdua kerana memusnahkan hidupku.

Setelah selesai membersihkan kesemuanya, Su Qianci keluar dari bilik selepas jam 10. Selepas malam yang penuh tragedi, Su Qianci merasa amat letih. Dia dapat merasakan kakinya menggigil sewaktu sedang berjalan.

"Ya Tuhan, kau baru bangun sekarang? Kau memang dilahirkan untuk menjadi seorang puteri. Mengying anak saya tidak bernasib sebaik itu." Kedengaran satu suara yang nyaring. Su Qianci memandang ke arah perempuan yang berumur lingkungan 40-an atau 50-an.

Ibu Li Sicheng sedang bercakap dengan wanita di sebelahnya. Mendengar kata-kata tersebut, dia melihat Su Qianci dengan tidak puas hati dan janggal.

Perempuan yang bercakap itu merupakan jiran sejak sekian lama kepada keluarga Li, Puan Tang iaitu ibu Tang Mengying. Dia menyangkakan keluarga Li dan Tang akan menjadi saudara mara tetapi tidak tahu Su Qianci akan menjadi penghalang. Tidak hairanlah bagi Puan Tang untuk merasa kecewa.

Dalam kehidupannya yang dahulu, kata-kata Puan Tang ini membuatkan Su Qianci menghadapi banyak masalah.

Ketika itu dia merasakan dirinya adalah puan muda dalam keluarga Li, dan dia juga tidak mampu mengawal kemarahannya. Mendengar ayat tersebut ditujukan kepadanya, dia segera menjadi marah dan menjawab, "Ini rumah saya, apa urusan awak di sini?"

Ia merupakan sesuatu yang Puan Tang mahukan. Dia kemudiannya mengajak semua orang untuk mencemuh Su Qianci, menyebabkan Su Qianci semakin kurang popular. Sejak itu, semua orang tahu keluarga Li mempunyai seorang menantu yang pemalas. Ia merupakan skandal buruk yang menjatuhkan nama baik keluarga Li.

Orang mula membandingkan antara Su Qianci dan Tang Mengying, yang menjadi mimpi ngeri buat Su Qianci. Walaubagaimanapun, dalam kehidupan ini, Su Qianci tidak akan membuat kesilapan yang sama.

Mendengar kata-kata tersebut, Su Qianci menundukkan wajah dan berkata perlahan dalam keadaan yang malu-malu, " Saya … malam tadi saya tidur agak lewat. Saya terlalu letih, jadi…"

Melihat wajah Su Qianci, perempuan-perempuan yang duduk di atas sofa menunggu untuk bertemu dengan gadis baru keluarga itu menunjukkan riak wajah tanda faham. Hari ini bukan sahaja hari ketiga dia mengahwini Li Sicheng, tetapi juga merupakan hari jadi ibu Li Sicheng.

Setiap tahun, Puan Li akan mengadakan sambutan hari jadi besar-besaran. Disebabkan masih pagi, tetamu yang hadir hanyalah kawan main kad terupnya yang rapat dan jiran-jiran, yang sangat berminat dengan menantu perempuannya barunya itu.

"Jadi inilah menantu perempuan awak. Dia sangat cantik!"

"Betul. Bila mereka kata dia dari keluarga Su, saya ingat…"

"Ya, saya tidak perasan yang dia adalah cucu kepada Encik Su. Dia kelihatan seperti ibunya!"

Nama keluarga Su Qianci ialah Su, kerana dia menggunakan nama keluarga ibunya.

Chương tiếp theo