webnovel

Bab 32

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Hujung bibirnya diangkat sedikit, dia melepaskan ketawa bersahaja sambil mengangguk-angguk, dan berkata lembut, "Baiklah. Mari kita pergi ke Yan Bei."

Malam tersebut panjang. Di dalam sel penjara yang membeku dalam ibu negara, dua orang kanak-kanak telah dipisahkan dengan sebuah dinding. Mereka terduduk di dalam sel mereka, tangan dihulurkan ke dalam lubang yang mereka bina, digenggam erat.

Kita akan pergi ke Yan Bei. Kita akan keluar dari sini.

Malam yang berangin kencang itu berlalu, dan langit mula mencerah. Bunyi tapak kaki yang kasar mengentak bumi telah membangunkan kedua-dua anak kecil ini dari tidur. Dengan lantas mereka melepaskan genggaman tangan, menutupi lubang di dinding sebelum mereka sempat membuka mata. Mereka ternampak sepasang kasut but kapas berwarna hitam di atas lantai penjara yang berhabuk sedang bergerak selangkah demi selangkah ke arah mereka. Bunyi gemerincing dari kunci bergema di dalam penjara itu tanpa henti.

Lebih kurang lima puluh orang askar berkeletak-keletuk memasuki sel, memenuhi setiap inci bilik itu. Mereka semua sedang berpakaian perisai berwarna hijau, dihiaskan dengan mantel kuning. Warden penjara berdiri di belakang para askar dengan penuh hati-hati, mengangguk dan membongkokkan belakangnya. Chu Qiao yang sedang terduduk di penjuru sel itu merenung dingin para tentera dengan hati yang ranap.

Yan Xun terduduk di atas lantai, belakangnya mendepani pintu sel. Tanpa mengelipkan mata, aura kemesraan yang menyelubunginya tadi kini hilang dan kembali kepada raut wajah yang membatu, tidak mengendahkan para tentera yang bergerak di hadapannya.

Ketua pengawal merenung Putera Yan Bei, salah sebuah keluarga diraja dalam Empayar Xia. Riak mukanya dingin, tanpa sebarang rasa hormat dan lantas mengeluarkan perintah maharaja lalu membaca menurut protokol, "Di atas perintah maharaja Istana Sheng Jin, Yan Xun, Putera Yan Bei, untuk dipindahkan ke Platform Jiu You untuk menunggu hukumannya."

Seorang lagi pengawal melangkah ke hadapan dan mendengus, namun bibirnya tetap membatu. "Silakan, Putera Yan."

Pemuda itu membuka mata perlahan-lahan, renungan matanya tajam mampu untuk menggigilkan tulung rusuk pengawal tersebut. Dia nampaknya mengerti akan hal yang sedang berlaku, namun riak wajahnya tetap angkuh, lantas berdiri dan bergerak ke arah pintu penjara. Sekumpulan pengawal menghulurkan sepasang gari yang telah disediakan sebelum ini. Mereka berfikir lama sebelum meletakkannya pada belakang badan, mata mereka bertemu dan menuruti dengan patuh.

Jubah putih salju milik pemuda itu mengheret tanah, menarik tanah kotor yang sedang berehat dan kaku sebentar tadi lantas menyebabkan ia untuk mendarat di atas kasut but yang diperbuat dari kulit rusa miliknya. Sebuah naga keemasan dengan lima kuku yang tajam, sebuah corak yang eksklusif hanya untuk keluarga diraja tersulam di atas kasut. Corak itu kelihatan sungguh menakjubkan di bawah sinaran mentari pagi, walaupun dalam situasi yang menyedihkan ini, ia masih mampu untuk menonjol, seolah-olah ia sebuah peringatan bahawa keturunan diraja Yan Bei masih merupakan sebahagian dari Empayar Xia walau apa pun yang berlaku.

Angin menghembus lembut di sepanjang laluan yang gelap, lantas membawa udara yang segar dari luar dan juga kesejukan yang menggigilkan tulang belakang.

Sepasang tangan tiba tiba dijengukkan keluar dari kekisi besi sel penjara, ianya kurus dan pucat bagaikan sebuah porselin yang rumit, memberikan persepsi lelaki dewasa dapat mematahkan lengan itu dengan sedikit tenaga. Namun tangan inilah yang menghalang laluan semua pengawal dengan mencapai kedua belah kaki Yan Xun, menggenggam seluarnya dengan erat dan tidak dilepaskan.

"Apa yang kau buat? Kau dah penat hidup ya?" salah seorang daripada pengawal yang bertugas menengking sambil melangkah ke arah mereka.

Yan Xun mendongakkan kepalanya sedikit dan merenung pengawal yang sedang mara, riak mukanya yang dingin dan serius itu lantas membatalkan niat pengawal untuk terus menyambung katanya. Pemuda itu bertinggung dan memegang jari anak gadis di hadapannya dan lantas mengerutkan dahi sambil merenung gadis kecil itu. Dia berkata dengan nada yang rendah, "Ah Chu, jangan buat masalah."

"Kau mungkir janji kau!" dengan anak mata Chu Qiao yang jernih dan terang, dia mendongakkan kepala dengan degil dan lantas menguturkan, "Kau cakap kau takkan tinggalkan aku."

Yan Xun memasamkan wajah. Setelah menetap dalam ibu negara untuk beberapa tahun, Yan Xun mengerti prosedur yang mereka akan lalui ini bukanlah prosedur biasa dengan kadar tentera maharaja yang hadir pada masa ini. Mungkin terdapat perkara yang telah berlaku di luar kawalan dan di luar pengetahuan Yan Xun, namun tidak pasti ia berita yang baik ataupun sebuah tragedi. Bagaimanalah dia boleh membawa Chu Qiao bersamanya dan sekalligus meletakkan gadis kecil itu dalam lebih banyak bahaya? Pemuda itu lantas mengerutkan dahinya rapat sebelum berkata dengan nada yang bersungguh-sungguh. "Aku takkan tinggalkan kau. Tunggu aku di sini dengan sabar sampai aku datang balik."

"Aku tak percaya kau," anak gadis itu membalas dengan degil tanpa melepaskan genggaman kakinya. "Bawa aku bersama kau."

Salah seorang pengawal tiba-tiba menengking, "Lancang betul mulut hamba ini!"

"Berani kau memanggil dia seorang gamba!" Yan Xun memalingkan kepalanya dengan garang, merenung tajam askar tersebut dan lantas mencemuh dingin, "Bila masa undang-undang empayar meharaja membenarkan kau, orang bawahan, untuk berkata sebegitu di hadapan aku?"

Muka askar tersebut terus bertukar kemerahan pada masa itu juga. Pengawal yang lain yang berada di sebelah Yan Xun menggenggamnya dengan lebih erat, mengekang segala perbuatan ganas yang Yan Xun mungkin lakukan akibat dirinya yang sedang berang itu, namun putera muda itu tidak mengendahkan pemuda itu lagi. Dia memusingkan kepalanya dan merenung muka pucat milik gadis kecil itu, mengerutkan dahinya sebelum menambah, "Ah Chu, dengar cakap aku. Ini untuk kebaikan kau juga."

"Bawa aku bersama kau kalau ia untuk kebaikan aku." Chu Qiao mendongak dan menarik-narik hujung seluar pemuda itu dengan erat. Dengan kedegilan yang tidak boleh disangkal, dia mengulangi tegas, "Bawa aku bersama kau."

Masa berlalu dengan pantas, angin bertiup di hadapan mata mereka. Pemuda itu menumpukan sepenuh perhatian kepada anak gadis itu, anak mata Chu Qiao penuh dengan keazaman dan juga ketajaman yang jelas terpancar. Yan Xun sedar yang oleh kerana kecerdikan anak gadis itu, dia pasti mengetahui tentang bahaya yang mereka akan tempuhi dan lantas pemuda itu menggerakkan bibirnya, cuba untuk bercakap, namun berhenti setelah melihat kesungguhan hati gadis Chu Qiao di dalam matanya. Setelah seketika, Yan Xun berdiri dan berkata kepada pengawal di belakangnya, "Buka pintu."

"Putera Yan, perintah maharaja hanya memanggil putera…"

Sebelum pengawal itu dapat menghabiskan ayatnya, Yan Xun memusingkan badannya dan lantas melangkah ke dalam sel penjaranya kembali, dan berkata dengan dingin, "Kalau macam tu, bawa mayat aku saja ke Istana Sheng Jin untuk disoal siasat."

Para pengawal terus berbincang sesama sendiri buat seketika sebelum membuka pintu sel penjara Chu Qiao. Lagipun, dia hanyalah seolah hamba bawahan yang lemah.

Hari di luar sangat terang. Yan Xun berlari ke hadapan pengawal-pengawal yang lain dan pantas menggenggam tangan Chu Qiao, membuka tali yang diikatkan pada tangannya. Keazaman jelas terpancar pada mata pemuda itu, dan melihat anak gadis yang berada di paras bahunya sambil berkata dengan penuh mendalam, "Kau takut ke?"

Chu Qiao mendongak, sebuah senyuman pantas terukir di wajahnya. "Tak."

Yan Xun tersenyum, berjalan keluar dari penjara sambil berpegangan tangan bersama Chu Qiao.

Di luar penjara, para askar yang sedang memakai baju perisau berdiri kemas di dalam barisan, pedang mereka meninggi di sisi dengan salji yang dipancarkan oleh baju perisai mereka membuatkan ia berkilauan. Para askar yang sedang berada di dalam barisan itu memaparkan riak wajah yang kosong, seolah-olah mereka sedang menjangkakan serangan dari sebuah kumpulan pihak musuh yang besar. Rakyat jelata berdiri jauh di luar kawasan penjara, kaki mereka dijengket untuk melihat situasi yang sedang berlaku, raut wajah mereka penuh dengan panaan dan juga ketakutan.

Siapakah yang memerlukan pengawal maharaja dari Istana Sheng Jim sebagai pengiring peribadi?

Angin bertiup di sekitar kawasan tersebut. Burung helang berwarna putih berterbangan di langit yang gelap dan berawan di Zhen Huang, melepaskan ciutan yang memekikkan telinga. Rakyat bandar tersebut mendongakkan kepala mereka dengan serentak; pada masa itu, mereka seolah-olah mendengar bunyi teriakan pertama yang melambangkan kejatuhan Empayar Xia.

Penjara ibu negara telah dibahagikan kepada bahagian timur dan juga bahagian barat, dan terdapat dua jalan besar yang menghala ke luar penjara. Jalan timur menghala ke jalan besar Jiu Wai, iaitu jalan yang digunakan oleh para banduan yang telah dilepaskan atau yang telah diusir keluar negeri. Jalan barat ialah jalan yang menuju ke Platform Jiu You, di mana hukuman mati dilaksanakan.

Tiada sebarang gerabak penjara yang dapat dilihat, tiada perbicaraan mahkamah, tiada hukuman yang dijalankan, dan juga tiada usaha yang diberikan untuk mengesahkan identiti sesiapa. Walau bagaimanapun, seekor kuda pertempuran berwarna hitam berdiri di hadapan pintu gerbang utama penjara tersebut. Ia seekor haiwan yang tegap, dan lantas meringkik gembira setelah melihat kehadiran Yan Xun, tuannya. Pemuda itu tersenyum kosong, lantas mengusap kepala kuda tersebut dan mengangkat Chu Qiao ke atas kuda itu sebelum melonjakkan dirinya sendiri ke atas. Kuda itu menderap melalui Laluan Zhu Wu bersama-sama para pemerhati. Di sepanjang jalan, ramai rakyat yang hadir dan berusaha untuk menjenguk dan melihat perarakan ke arah Platform Jiu You.

Awan yang gelap menebal di langit, angin yang ganas menampar-nampar muka dua orang anak kecil itu. Yan Xun lantas membuka jubahnya dan lantas memeluk Chu Qiao sambil menyelimutinya, hanya kepala gadis kecil itu saja yang tersembul.

Chu Qiao memalingkan mukanya untuk merenung wajah kacak putera muda itu. Renungan matanya jernih, Yan Xun menundukkan kepalanya dan lantas tersenyum melihat gadis kecil di dalam dakapannya itu, menggenggam tangannya erat di sebalik jubah.

Mereka tidak menyedari apa yang telah ditakdirkan buat mereka. Malapetaka di dalam dunia ini terlalu besar dan banyak; mereka hanya mampu mendongak ke atas dengan degil, terkial-kial di atas bumi, sebelum terus bergerak ke hadapan dengan mengharapkan malapetaka yang besar itu.

Dengan satu dentangan, semua orang yang sedang bergerak di sepanjang jalan besar berhenti di dalam langkah mereka, memandang ke arah pergunungan Ya Lang di Dataran Hongchuan Timur. Bunyi dentangan kuat dari jam-jam yang bergema kuat dari Kuil Cheng Guang Istana Sheng Jin, kira-kira tiga puluh enam bunyi dentangan yang dapat didengari.

Riak wajah Yan Xun tiba-tiba bertukar pucat. Chu Qiao yang dapat merasakan tangan yang sedang digenggamnya itu mula untuk menggigil, lantas dia mengerutkan dahinya, merenung Yan Xun dengan muka yang kebingungan. Namun, putera muda itu tidak menguturkan sebarang kata.

Mengikut tradisi empayar maharaja, setiap kali Maharaja Xia mangkat, jam-jam akan dibunyikan sebanyak empat puluh lima kali sebagai tanda hormat. Apabila dentangan jam berbunyi tiga puluh enam kali, ia bermakna kematian seorang ahli keluarga diraja.

Darah kerabat diraja mengalir di dalam diri Yan Xun. Beberapa tahun yang lalu, dia telah menghadiri upacara pengebumian milik salah seorang daripada keluarga diraja puak Zhao. Dia tersenyum pahit sambil berfikir sendirian, apa yang kita buat akan berbalik kepada kita. Masanya untuk menghadapi realiti.

Barisan bendera ditegakkan sepanjang laluan ke Platform Jiu You. Pintu Gerbang Zi Jin tersergam indah di utara laluan. Tembok diseliputi dengan jubin keemasan megah. Platform Jiu You diperbuat daripada batu cendarik hitam, berdiri melintang di atas tanah. Pantulan salju pada lantai hitam itu lantas membuatkan suasana menjadi lebih suram.

Yan Xun menuruni kudanya dan bersedia untuk melangkah menaiki platform. Pada masa ini, seorang lelaki pertengahan usia yang sedang memakai uniform pegawai bergerak ke arahnya dan berkata, "Putera Yan, ikut sini."

"Jeneral Meng Tian?" Yan Xun meraih keningnya sedikit, menoleh ke arah hala tuju yang ditunjukkan oleh lelaki pertengahan usia itu. Dia membalas, "Bukan ke saya sepatutnya duduk di sana?"

"Menurut perintah maharaja Istana Sheng Jin, Putera Yan akan mengambil tempatnya di sana."

Yan Xun berpaling ke arah kerusi pelaksanaan yang terletak di sebelah platform. Jika bukan dia yang sepatutnya mati pada hari ini, siapakah pula yang akan mati?

"Dalam hal ini, saya akan menurut perintah." Pemuda itu beralih dan bergerak ke arah platform pelaksanaan yang memeranjatkan semua mata yang memandang, lantas mengambil tempatnya di kerusi pegawai pelaksanaan. Berdiri di sebelahnya merupakan beberapa orang pegawai dari Majlis Ketua-Ketua Terhormat. Pemuda itu kelihatan kacak, raut wajahnya kelihatan dingin, tiada secebis pun rasa bimbang mahupun khuatir.

Masa berlalu dengan perlahan, tiada banduan yang kelihatan menuju ke arah Laluan Zhu Wu. Pada masa yang sama, satu bunyi derum-deram bergema dan Pintu Gerbang Zi Jin mula terbuka perlahan. Ramai ahli-ahli terhormat daripada Majlis Ketua-Ketua Terhormat, pasukan tentera luar selain dari keluarga diraja, dan para pahlawan dari Dewan Tentera juga turut hadir bergerak masuk ke dalam Platform Jiu You. Malah Zhuge Huai dan Wei Jing juga turut serta di belakang segerombolan itu bersama keluarga masing-masing, mengambil tempat mereka di kandang pemerhati.

Raut wajah Wei Jing pucat lesi, meletakkan pergelangan tangannya ke dalam poket, menyembunyikan sebarang tanda kecederaan. Dia merenung Chu Qiao tajam, yang sedang berdiri di belakang Yan Xun. Yan Xun yang menyedari hal ini, menoleh untuk merenung Wei Jing. Renungan mata mereka sabung menyabung bagaikan elektrik di udara, dan lantas dia tersenyum dingin sebelum menukarkan riak wajahnya kepada membatu seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mereka kembali kepada postur badan yang biasa dengan wajah yang tenang di muka.

Chương tiếp theo