"Perlu ke kamu buat begini?" Hati Mo Zichen berasa sayu…
"Saya tak nak keluarga saya hisap darah kamu." Qian Lan berkata dengan pasti. Kemudian, dia menghulurkan tangan kanannya. "Saya akan bebaskan diri saya daripada keluarga saya. Ucapkan yang terbaik untuk saya."
Mo Zichen menarik nafas dalam dan akhirnya menganggukkan kepalanya sambil menyambut salam Qian Lan. "Kalau kamu ada masalah nanti, jangan teragak-agak nak cari saya."
"Saya tak nak susahkan kamu…" Selepas bercakap, Qian Lan berlalu secepat mungkin. Jika dia berada di situ lebih lama, dia takut dia akan rasa menyesal.
Dia tahu Mo Zichen lelaki yang baik. Tetapi, masalahnya, dia belum memahami keluarganya sepenuhnya.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com