Ketika itu, Nangong Quan tidak merasakan sebarang bahaya lagi. Lagipun, dia masih yakin yang Orang Tua Nangong tidak akan pernah menyerang keluarganya sendiri, tidak kira betapa kejamnya dia. Terutamanya, cucunya sendiri.
Tetapi, Orang Tua Nangong tidak menyesal memaksa orang yang setia seperti Qiu Jin mati. Jadi, kenapa dia akan kisahkan cucunya yang tidak berapa dikenalinya?
Orang Tua Nangong tidak mahu menyakitkan cucunya, tetapi dia perlu merebut satu-satunya peluang ini.
...
Ketika ini, Mo Ting sudah tahu Orang Tua Nangong menghubungi orang Amerika, tetapi, dia tidak tahu apa yang mereka bincangkan.
Luarannya, dia kelihatan seperti menghubungi mereka berkaitan 'Parasit', tetapi di sebalik pintu yang tertutup, tiada sesiapa tahu perjanjian apa yang mereka adakan.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com