webnovel

Puan Mo Memang Pakar!

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Bukan ke cara tu terlalu menonjol?"

Apabila Tangning memikirkan namanya muncul di skrin besar di permulaan setiap filem, dia merasakan itu sedikit menunjuk-nunjuk.

"Kamu dah hasilkan satu filem hebat yang disukai semua orang. Jadi, kamu boleh buat apa saja yang kamu nak. Tak ada benda yang melebih-lebih!" Mo Ting menarik isterinya ke dalam pelukan dan menghidu bauannya. "Nanti, bukan Liang Yongyu saja. Kamu mesti akan bertembung dengan lebih ramai orang palsu yang nak tumpang populariti dan jualan kamu. Kita cuma bersedia untuk itu."

"Kalau begitu, mari buat macam Abang cakap!" Tangning mengangguk.

Selepas didera Liang Yongyu selama beberapa hari, Keluarga Zhai merasakan mata mereka sudah terbuka untuk melihat dunia sebenar. Mereka tidak sangka orang yang lebih tidak malu daripada mereka, sebenarnya wujud.

Selepas mengeluarkan $1 juta, Tuan Kedua Zhai kelihatan benar-benar tewas ketika dia muncul di hadapan Pasangan Mo buat kali seterusnya.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo