Hasilnya, situasi itu menjadi jelas. Sesiapa sahaja yang bermata boleh tahu pasangan itu tidak akan berpura-pura lemah jika mereka tidak ada apa-apa untuk disorokkan.
Apa yang kelakar, Han Jie menyangkakan merempuh dinding akan menukar keadaan dan membantu dia menuntut kembali maruahnya. Malangnya, Su Yu memusnahkan rancangannya dengan beberapa potong ayat yang ringkas!
Ini bermakna, sia sia sahaja wanita itu merempuh dinding!
Sementara itu, orang ramai mula lebih mempercayai Su Yu. Lagipun, dia boleh mengenang semula satu ciri kecil pada lelaki tak guna itu dengan sangat jelas.
Kemudian, wartawan menguji isteri 'yang cuba membunuh diri' dan mendapati dia tidak tahu apa-apa tentang suaminya, sama seperti yang dikatakan Tangning dan Su Yu. Selain itu, jiran-jiran menjamin yang pasangan itu sudah lama tidak sehaluan. Penipuan pasangan itu baru diberitahu dan satu tamparan muka sudah diberikan!
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com