Selepas masalah itu diselesaikan, Long Jie mula mengenakan pakaian formal di rumah. Dia dan Lu Che akan ke kediaman Keluarga Lu hari itu dan dia cuma boleh bergantung pada Lu Che.
Tetapi, jika dia datang daripada latar belakang yang kaya dan berkuasa pun, pentingkah?
Tanpa cinta suaminya, semuanya kosong tanpa makna.
Jadi, dia cuma perlukan Lu Che dan tiu sudah memadai.
Ketika dia berdiri di hadapan cermin, Long Jie mengenakan gaun labuh berwarna perak. Walaupun tubuhnya tidak sesempurna Tangning, auranya sama seperti aura seorang ratu. Selepas bekerja begitu lama dengan Tangning, dia sudah mengumpul sedikit harta. Jadi, dia tidak kedekut dengan penampilannya.
Apa-apa pun, jika dia mahu berada di samping Tangning, dia perlu kelihatan selayaknya!
Selepas anak perempuan mereka tertidur, Lu Che memeluk Long Jie dari belakang. Dia mengenakan sut hitam biasanya. Semenjak dia mengekori Mo Ting, memakai sut begini sudah menjadi tabiat profesional.
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com