webnovel

Pembantu Lu, Kamu Terlalu Lambat!

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Jika Ma Weiwei mahu memberikan apa-apa kepada Han Xiuche pun, dengan status lelaki itu, dia bukannya kisah tentang beberapa juta dolar. Kerana, apa yang dia benar-benar mahukan, ialah untuk mengoyakkan topeng palsu Tangning.

Jadi, Ma Weiwei akhirnya menjual Superstar Media dengan sangat lancar.

Sementara itu, Hai Rui menerima berita ini melalui Lu Che, yang sudah melaporkan kepada Mo Ting di pejabatnya. "Saya terima maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai yang Boyi dah siapkan kontrak mereka dan sedia nak tandatangan kontrak itu tengah hari ini…"

Mo Ting memandang pasukan pengawal peribadi Hai Rui yang terkini dan memberi pandangan penuh amaran kepada Lu Che. "Saya perlu ajar kamu ke apa nak dibuat? Bawa peguam ke Boyi nanti dan uruskan hal ini dengan cepat. Saya masih ada banyak benda penting nak dibuat, jadi, saya tak akan bazirkan masa untuk benda yang sangat tak penting."

"Ya, Presiden!" Lu Che segera melakukan apa yang diarahkan.

...

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo