webnovel

Macam Mana Ia Boleh Jadi Urusan Kamu Saya Kahwin dengan Siapa?

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Bukan ke ini dijual kepada jutawan kaya untuk 1.4 bilion dolar? Kenapa ada di leher dia?"

"Itu palsu ke?"

"Tak. Saya boleh jamin ia rantai asli."

Para tetamu ralit berbincang. Walaupun ada antara tetamu dan media yang tidak berapa tahu tentang rantai itu, mereka masih boleh meneka yang ia bernilai tinggi.

Apa-apa pun, ia dibuat daripada 108 berlian dan mereka dipotong menggunakan teknik terbaik dalam dunia.

Tangning mengamati tetamu dan bersandar dalam pelukan Mo Ting. Selepas membetulkan dirinya dalam keadaan selesa, dia duduk dan menunggu Li Jin membuat persembahan.

"Sebelum majlis bermula, saya ada sesuatu nak jelaskan pada semua." Li Jin berkata sambil memegang tangan Lin Qian. "Saya tahu kamu semua dah tengok berita pasal Qian Qian baru-baru ini dan anggap keadaan kelahiran dia rumit dan tak berapa bagus."

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo