"Guo Guo memang ada isu dengan perkembangan masa dia masih dalam perut. Sebab itu lepas dia dilahirkan, dia kerap sakit." Mo Ting membalas jujur.
Wartawan tidak menyangkakan Mo Ting menjawab begini. Mata mereka terbeliak terkejut.
Benarkan Tangning tidak kisah tentang kesihatan anaknya sejak dia mengandung lagi?
"Tapi, itu kerana…"
"… isteri saya bersalinkan kembar."
"Hah…?"
Para wartawan terkaku terkejut. Mereka dengar yang bukan-bukan ke? Apa Mo Ting cakap tadi? Tangning bersalinkan kembar?
"Guo Guo lambat disedari dan berkembang perlahan. Jadi, dia tak serap nutrien sebanyak abang dia. Jadi, sistem imun dia sedikit lemah."
Dengan kata-kata ini, semua orang akhirnya memahami situasi itu. Mereka yang pernah melahirkan kembar cukup sedar yang ia biasa untuk kembar berkembang dengan berbeza dan sangat normal untuk si adik menjadi lebih lemah daripada si abang.
"Jadi, itu yang berlaku…"
Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com