webnovel

Kalau Pasal Cetuskan Kekecohan, Saya Perlu Tunduk pada Hai Rui

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Braun tidak suka cara Tangning melukakan egonya. Jadi, dia mula menyerang balas. "Kalau negara kamu ada pelakon hebat, kenapa mereka cari peragawati untuk berlakon?"

Tangning kekal tersenyum. Nadanya jelas sekali lembut ketika dia bercakap… tetapi dia tegas dan nekad untuk mempertahankan pelakon negaranya.

"Itu sebab rakyat kami mempunyai pelbagai kebolehan. Saya hanya jenis yang paling kurang mengagumkan." Tangning merendahkan dirinya tetapi mengejutkan orang asing dengan teknik serangannya yang sempurna.

Sejak bila orang Asia menjadi begitu licik?

Sejak bila seorang wanita mampu membuatkan sekumpulan lelaki kelu lidah?

"Bang, jangan layan Tangning begini. Lakonan dia memang betul-betul bagus. Kamu akan tahu apa yang saya maksudkan lepas kamu tengok filem itu." Taka cuba meyakinkan abangnya selepas perasan semua orang menjadi sedikit kekok. "Dia memang pelakon yang hebat. Jangan biadap dengan kawan saya."

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo