webnovel

Kamu Jelas Sekali Tahu Dia Suka Kamu

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Selepas kembali ke rumah, Orang Tua Tang duduk bersendirian di dalam bilik bacaannya buat beberapa ketika, memegang kotak hitam yang diberi Mo Ting. Selepas teragak-agak seketika, dia akhirnya mengunci kotak itu di dalam peti keselamatan. Dia tahu jika dia melihat isi kandungan kotak itu, dia tidak mampu bertahan melihat Tang Xuan walaupun untuk sesaat.

Tidak lama kemudian, pintu diketuk. Tang Xuan rupanya. "Atuk, boleh saya masuk?"

Orang Tua Tang membetulkan air muka bercampur baurnya dan membalas, "Masuk."

Tang Xuan menolak pintu dan melangkah masuk, mengukir senyuman berseri. Dia terus mendekati Orang Tua Tang, memaut lengannya dan mula menghayunkan lengan datuknya ke kiri kanan. "Atuk, bosan betul orang mengandung duduk di rumah. Boleh saya keluar dan buat kerja sikit?"

Kerja…

Selepas Orang Tua Tang tahu akan Tang Xuan yang sebenar, semua yang keluar daripada mulutnya kedengaran seperti sebahagian daripada muslihatnya.

Chương bị khóa

Hỗ trợ các tác giả và dịch giả yêu thích của bạn trong webnovel.com

Chương tiếp theo